Rabu, 31 Oktober 2012
Khasiat Daun Dan Buah Mengkudu
Assalamuaalaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera kepada anda semua. Bersiaran lagi di entri kali ini, mengenai khasiat daun serta buah mengkudu kepada kesihatan kita. Nama saintifik mengkudu ialah Morinda Citrifolia. Pokoknya mudah tumbuh dimana sahaja. Rasa daunnya yang sedikit pahit memang sedap dijadikan ulam. Daunnya sangat berkhasiat untuk pelangsingan badan. Ianya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida. Ianya dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan dengan jantung, diabetis dan penuaan.
Kandungan yang terdapat dalam buah dan daun mengkudu merupakan bahan makanan dengan kandungan gizi yang lengkap. Selain mempunyai vitamin, protein dan mneral ia juga mengandungi xeronine, proxeronine, treroid alamiah, alizarin, arginine, antiquinenone, magnesium dan lain-lain.
Manfaat buah mengkudu:
1. Untuk melegakan penyakit sinus atau
resdung, asma, bronkritis, hingus melekat
dan meredakan batuk.
2. Untuk sistem penghadaman atau masalah
yang berkaitan dengan pencernaan seperti
perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit,
mual, muntah-muntah, kurang nafsu makan
dan keracunan makanan.
3. Sisten kardiovaskular yakni untuk
mengurangi gejala dari tekanan darah
tinggi dan mengontrol kadar kolestrol.
4. Untuk mengubati gangguan dalam tubuh
seperti kencing manis, sakit kepala,
migraine, gangguan pada buah pinggang,
penyakit kuning, demam dan panas badan.
5. Gangguan pada saluran tekak seperti radang
tekak, sakit gusi, sakit gigi danbatuk.
6. Penyakit kulit seperti bisul, luka bakar,
ulser kulit, merekah tumit kaki, kulit
kering dan bersisik.
7. Manfaat untuk wanita lepas bersalin untuk
mengembalikan bentuk perut atau untuk me-
ngecutkan rahim dengan cara membalut
beberapa helai daun mengkudu pada tungku
yang telah dipanaskan.
sumber- internet
Isnin, 29 Oktober 2012
Masak Lemak Ayam
Assalamualaikum wrh wbr.....
Tengahari ini terasa pula nak makan masak lemak cili api ayam. Memandangkan stok ayam pun masih ada lagi dalam simpanan serta bhan-bahan lain pun semuanya dah ada, jadi saya masak lomak ayam lah untuk makan tengahari ni. So lihatlah resepinya...
Resepi Masak Lemak Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 biji ubi kentang
2 1/2 cawan santan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili api*
1 inci halia*
2 batang serai
sehelai daun kunyit
sekeping asam gelugur
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk
atau dikisar halus.
2. Panaskan periuk, masukkan bahan-bahan
kisar tadi bersama sedikit air. Biarkan ia
menggelegak.
3. Masukkan ayam, kentang, serai, asam dan
daun kunyit. Biarkan seketika. Kemudian
barulah masukkan santan. Kecilkan api
supaya santannya tidak membuak-buak.
Dikacau selalu supaya santannya tidak
pecah.
4. Masukkan garam. Apabila kentang dah
empuk, barulah diangkat untuk dihidangkan.
Agar-agar Susu Pandan
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera semua, semoga anda sihat-sihat sahaja di ketika ini. Suka sangat buat agar-agar ni. Apa lagi di ketika cuaca panas terik. Dapat juga menyejukkan tekak yang kering. Kali ini saya buatkan agar-agar susu pandan. Masak agar-agar ni, memang senang sangat dan tak banyak bahan pula. Bermacam-macam perisa kita boleh letakkan, terpulang kepada citarasa masing-masing.
Resepi Agar-agar Susu Pandan
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali
800 ml air
1/2 tin susu
3/4 cawan gula ( boleh tambah lagi kalau
kurang manis)
1 helai daun pandan diikat
sedikit pewarna hijau
sedikit past pandan
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga
ianya cair. Masukkan gula dan biarkan ia
larut.
2. Masukkan susu, daun pandan. Biarkan
sehingga mendidih. Kemudian masukkan
pewarna serta pes pandan.
3. Masukkan kedalam loyang atau acuan
yang disukai. Biarkan sehingga sejuk,
barulah dipotong.
Jumaat, 26 Oktober 2012
Salam Aidil Adha 2012
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada seluruh teman-teman yang beragama Islam yang mana hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha. Mohon maaf sekiranya terlanjur berbicara sama ada secara sengaja atau pun tidak. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan akan diberkati dan diterima oleh Allah swt. Dan kepada umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, semoga pekerjaan haji anda menjadi lancar serta akan memperoleh haji yang mabrur.... Insyaallah.
" Dan bagi tiap-tiap umat, kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurniaannya kepada mereka. (Iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana tuhan kamu semua adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadanya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada mereka yang tunduk taat."
(Al-Haj:34)
Isnin, 22 Oktober 2012
Novel Bicara Hati
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ceria untuk semua. Entri kali ini mengenai novel pilihan saya yang dah agak ketinggalan iaitu novel Bicara Hati, hasil penulisan Damya Hanna. Best sangat ceritanya. Novel ini pun sudah di adaptasikan ke drama yang sebelum ini pernah popular kat televisyen. Saya juga tidak melepaskan peluang menonton cerita ini.
Serba sedikit tentang sinopsis cerita ini:
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. tengku Syahran tidak dikenalinya dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur, tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Seteleh diijabkabulkan, Tengku Syahran mula berubah, egonya terlalu tinggi dan tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji . Kini timbul pelbagai lonflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih-sayang dan kerinduan? Bicara hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia...
Ahad, 21 Oktober 2012
Khasiat Pisang
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam untuk semua teman-teman. Entri kali ini kita mengetahui pula tentang khasiat pisang. Pokok pisang adalah sejenis tumbuhan yang mudah hidup. Ianya mudah didapati di negara ini. Selain dari buah, daunnya pula sangat berguna untuk membalut makanan atau kuih.
Nama saintifik pisang ialah Musa Sapientum yang sangat kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Ia juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.
Kajian menunjukkan bahawa pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula 1 peratus. Pisang mempunyai pelbagai jenis antaranya pisang rastali, emas, tanduk, abu, berangan dan lain-lain. Ianya juga boleh dimakan mentah, digoreng, dijadikan kuih, jus dan sebagainya.
Khasiat pisang untuk kesihatan:
1. Dapat menurunkan darah tinggi dan me-
ngelakkan stroke kerana kandungan potasium-
nya yang tinggi.
2. Pisang rendah dari segi kalori lemak dan
sodium yang membantu merendahkan kolestrol.
3. Potasium dan magnesium yang terkandung di
dalamnya amat sesuai merawat orang yang
mengalami cirit birit.
4. Pisang juga kaya dengan zat besi, boleh me-
rangsang penghasilan haemoglobin di dalam
darah. Ini dapat mengelakkan dari anaemia
iaitu penyakit kurang darah.
5. Orang yang murung lebih cepat ceria kerana
kandungan sejenis protein membantu kita
menjadi tenang.
6. Dengan meminum susu pisang kocak (banana
milkshake) yang dicampur dengan madu dapat
mengurangkan rasa pening.
Begitulah khasiat pisang yangsangat berguna untuk kesihatan badan kita.
Jumaat, 19 Oktober 2012
Kuih Apam Salju
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam sejahtera kepada semua. Entri kali ini mengenai kuih apam salju yang saya buatkan untuk sarapan pagi tadi. Suka sangat, sbb kuihnya menjadi dan sedap pula tu. Lihatlah resepinya...
Resepi Kuih Apam Salju
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sdk yis mauripan
kelapa parut
Garam
Cara memasaknya:
1. Blend nasi dan air hingga hancur.
2. Kemudian masukkan gula perang dan gula
pasir. Blend beberapa minit lagi.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung beras,
tepung gandum dan yis mauripan.
4. Campurkan adunan nasi tadi ke dalam tepung.
Kacau rata.
5. Bahagikan kepada beberapa warna yang
digemari.
6. Perap selama 3 jam, kemudian barulah boleh
dikukus.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan yang
digemari.
8. Sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu
supaya tidak melekat.
9. Kukus lebih kurang 15 minit. Sedia untuk
dihidangkan.
Rabu, 17 Oktober 2012
Khasiat Kacang Bendi
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua di dunia maya ini. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini saya nak share pula tentang khasiat kacang bendi atau orang kedah kata kacang lendiaq. Sebenarnya kacang bendi ni biasanya digunakan untuk masakan.
Nama saintifik kacang ni ialah Abel Moschus Esculentus. Buah muda yang gunanya untuk membuat sayur atau kari. Ianya sangat berkhasiat kerana dapat membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Pokoknya sayur ini memang bagus untuk anak-anak kita.
Khasiat kacang bendi ini dapat membantu:
1. Mencuci hati.
2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus
besar.
4. Membantu mengelakkan sembelit atau me-
ngurangkan masalah sembelit terutama di
kalangan warga tua.
5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam
saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk
mereka yang murung, keletihan dan rasa
tidak selesa.
7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan
kekejangan pada sendi.
8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan
asid dalam badan sekaligus membantu me-
ngurangkan masalah penghadaman.
9. Juga ianya dapat membantu mengurangkan
radang paru-paru, sakit kerongkong serta
kesakitan pada dubur.
Begitulah serba sedikit tentang khasiat daripada kacang bendi. Ambillah ia selalu untuk dijadikan menu masakan kita, memandangkan ianya sangat berkhasiat untuk kesihatan kita.
sumber- internet
Isnin, 15 Oktober 2012
Kuih Talam Ubi
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ceria untuk semua di pagi ini. Bersua lagi di entri kali ini. Malam tadi terasa rajin lah pulak, maka saya buatkan kuih talam ubi untuk sarapan pagi. Memandangkan parutan ubi masih lagi berbaki di dalam peti sejuk. Saya cubalah buatkan kuih ini. First time buat kuih ni, alhamdulillah menjadi. Kuihnya pun sedap sangat.
Saya cuba dari resepi CHE MAT GEBU. Terima kasih kerana berkongsi resepi, dan izinkan saya letakkan resepinya kat sini....
Resepi Kuih Talam Ubi
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
600gm parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gm gula pasir
50 gm gula melaka
sedikit pewarna coklat (saya tak guna)
1 helai daun pandan
Caranya:
1. Satukan santan, gula pasir, gula melaka
dan daun pandan. Masak dengan api perlahan
hingga gula larut. tapis dan sejukkan.
2. Sediakan loyang 8x8x3, lapikkan dengan
plastik. sapu sedikit minyak pada plastik
tadi.
3. Panaskan kukusan, satukan air gula merah
yang dah sejuk tadi bersama ubi. Kacau
rata dan tuangkan ke dalam loyang tadi.
4. Kukus selama 20 minit dengan api yang
sederhana.
Lapisan atas:
600 ml santan
40 gm tepung gandum
70 gm tepung beras
garam secukupnya
Caranya:
1. Bancuh semua bahan untuk lapisan atas
kecuali garam. Kacau rata dan tambah
garam secukup rasa (jangan banyak, kasi
rasa lemak je)
2. Tapiskan bancuhan tadi, kemudian masak
sekejap atas api sehingga naik wap. Kacau
tanpa henti. Tuang perlahan-lahan atas
ubi tadi.
3. Kukus selama 25 minit dengan api
sederhana.
4. Biarkan kuih sejuk dahulu baru dipotong.
Pengat Pisang
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Melihatkan pisang masih ada lagi yang tersisa. Daripada ianya rosak begitu sahaja, maka saya buatkan pengat pisang. Orang belah utara cakap serawa pisang. Sewaktu saya tinggal kat Indon dulu, bila bulan puasa orang-orang Indonesia suka buatkan serawa ni.
Dia orang panggil kolak pisang. Saya rasa semua orang tahu masak pengat ni. Saya gunakan pisang montel untuk buat pengat ni. Selain dari pisang, kita juga boleh gantikan dengan ubi keledek, buah labu, nangka, durian dan sebagainya.
Jom kita tengok resepinya....
Resepi Pengat Pisang
Bahan-bahan:
4 biji pisang dipotong menyerong
2 1/2 cawan santan
sedikit sagu mata ikan
3 sdb gula putih
1 sdb gula merah
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Jerangkan air, gula putih serta gula merah
sehingga cair. Masukkan sagu mata ikan.
2. Masukkan daun pandan dan sedikit garam.
Masukkan santan. Kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan pisang, biarkan
seketika. Barulah diangkat untuk dihidang-
kan. Sedap dimakan ketika panas atau
sejuk.
Jumaat, 12 Oktober 2012
Khasiat Halia
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman di dunia maya ini. Alhamdulillah, syukur kerana dapat bersua lagi di entri kali ini. Kali ini kita mengetahui tentang khasiat halia pula. Seperti mana yang kita ketahui, halia ini sering menjadi ramuan di dalam masakan. Nama saintifik halia ialah Zingiber Officinale iaitu sejenis tanaman yang berasal dari negara China. Orang-orang China menjadikan amalan pemakanan halia untuk mengatasi penyakit terutama masalah kesejukkan anggota badan terutamanya di bahagian kaki dan tangan.
Ianya sangat kaya dengan kandungan kalium, fosforas, kalsium dan tenagaselain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Kandungan aktif dalam halia dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia biasanya digunakan di dalam masakan. Selain itu, ia boleh dijadikan minyak, disapu pada anggota badan yang sakit.
Khasiat halia seperti berikut:
1. Sesuai untuk wanita baru bersalin dan
mereka yang mengalami masalah angin seluruh
badan.
2. Boleh mengawal beberapa penyakit seperti
demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit
tulang, senggugut dan sesak dada.
3. Menghilangkan kadar kesejukkan yang
terdapat pada makanan dan buah-buahan serta
sayur-sayuran apabila telah dimakan atau
diminum.
4. Membantu menghadamkan makanan.
5. Melembutkan perut dengan kelembutan yang
sederhana.
6. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
7. Membantu menguatkan tenaga jimak dan
menambahkan air mani.
8. Membuang angin yang terdapat dalam usus
kecil dan usus besar.
9. Membuang kahak dan lendir yang melekat
pada bahagian halkum.
10. Menghilangkan bau mulut.
11. Mengatasi masalah mual dan mabuk dalam
perjalanan.
Begitulah khasiat halia dalam penggunaannya kepada kesihatan kita. Selain menjadi bahan masakan ia bermanfaat bagi tubuh badan kita.
sumber- internet
Isnin, 8 Oktober 2012
Novel Adam Dan Hawa
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera semua. Moga sukses selalu. Kali ini nak cerita lah sikit tentang novel pilihan saya iaitu novel Adam dan Hawa dari penulis Aisya Sofia. Terkadang duduk saja-saja suka juga layan novel ni, sekadar suka-suka je. Sekarang ni tengah demam cerita ni, cerita dari novel diadaptasikan ke drama. So, tiap hari memang tak lepas lah menonton cerita ni.
Di awal cerita ni, sempat jugalah saya tonton cerita ini. Oleh kerana tak sabar-sabar nak tahu jalan ceritanya maka saya pun belilah novelnya. Bila kat kedai buku tu, tercari-carilah novel tersebut tapi tak ada pun. Mungkin dah habis stok agaknya. Frust lah juga, sebab tak dapat. Tapi tak apalah, kalau tak ada pun tak apa. Sekali dah nak keluar, terpandang satu lagi novel ni kat rak di dinding kedai tu. Siap tanya jurujual tu lagi, ni tak jual ke dik. Katanya ini rezeki akak lah, tinggal satu ni sahaja lagi. Wah, sukanya saya dapat juga saya memiliki novel ni.
Serba sedikit tentang sinopsis cerita Adam dan Hawa mengisahkan Ain Hawani, zaman solonya ternoktah di usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk menyebabkan dia dan Adam mukriz terjerat. Rayuannya tak dipedulikan. Lelaki itu diam membisu seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya ijab kabul di antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya hubungan suami isteri hanya tercatat di atas kertas sahaja. Ain kecewa dan pergi mencari harga diri. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pinti Masjidil Haram. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membisu dan menganggap ikatan mereka sudah lama terputus.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati ain berbolak-balik. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan.
Ingin diluah tidak terkata ingin disimpan, hati tak tertanggung. Bagi Adam dia tetap menanti...
Sama-sama lah kita nantikan kesudahan dari cerita ini.
Khasiat Daun Sambung Nyawa
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh kebahagiaan saya ucapkan kepada kawan-kawan semua. Entri kali ini saya ingin share lah sedikit mengenai khasiat dari tanaman herba. Ini adalah untuk pengetahuan kita bersama. Kadang-kadang kita pernah lihat pokoknya tetapi tidak tahu khasiat dan kegunaannya. So dekat sini nak cerita lah serba sedikit tentang pokok ini.
Nama saintifik daun sambung nyawa ini ialah Gynura Sarmentos DC, iaitu sejenis tanaman tumbuhan asli Myanmar dan China. Namun, sekarang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ianya sangat mudah dibiakkan iaitu dengan hanya keratan batang dan ia sangat mudah tumbuh di kawasan yang redup. Biasanya ianya dimakan mentah sebagai ulam.
Ia mempunyai khasiat berikut:
1. Dapat mengurangkan kadar kolestrol dan
menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Untuk merawat sembelit, kencing manis
serta dapat merawat kanser.
3. Digunakan sebagai penyembuh buah
pinggang, disentri dan infeksi kerongkong.
4. Selain itu digunakan untuk menghentikan
pendarahan, mengatasi ketidak seimbangan
haid serta gigitan binatang berbisa.
Begitulah khasiat daripada tanaman ini. Ianya boleh digunakan sebagai rawatan perubatan. Tetapi penggunaannya mestilah mengikut peraturan yang di syorkan. Ini adalah kerana jika ia digunakan secara berlebihan, dikhuatiri akan mengundang efek samping seperti tekanan darah yang terlalu rendah dan sebagainga.
sumber-internet
Sabtu, 6 Oktober 2012
Kuih Kasturi
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera di pagi minggu ini, semoga anda semua sihat walafiat hendaknya. Hari ini terasa rajin lah pula, jadi saya buatkan kuih kasturi untuk sarapan pagi ini. Resepi kuih ini saya cuba resepi dari KAK UMI KUANTAN. Sedap sangat kuihnya. Terima kasih saya ucapkan atas resepinya. Mohon izin copykan resepinya kat sini ya....
Resepi Kuih Kasturi
Bahan-bahan:
300 gm kacang hijau (direndam 2 jam)
800 ml air
2 1/4 cawan tepung gandum
1/3 cawan kelapa parut muda
1/3 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sdk garam
Cara memasak:
1. Basuh kacang hijau, masukkan air dalam
periuk dan rebuskan kacang hijau hingga
lembut dan kembang.
2. Bila dah benar-benar kembang, masukkan
gula merah dan gula pasir, kacau biar agak
pekat dan kering.
3. Masukkan garam, tutupkan api dan masukkan
kelapa parut muda. Kacau sebati dan
biarkan suam sebentar.
4. Masukkan tepung dan adun sebati. Tuangkan
ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat
setebal 1 cm. Sejukkan dalam fridge.
5. Bila dah sejuk dan keras, tekap dengan
acuan bulat (permukaan gelas). Letak atas
loyang yang ditabur dengan tepung dan
tekan/ leperkan sedikit. buatlah hingga
habis.
Untuk bancuhan menggoreng:
2/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
2 sdb air kapur
3/4 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
1. Bancuh sebati bahan-bahan di atas seperti
adunan menggoreng pisang.
2. Celupkan tepung kacang hijau yang dibentuk
tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
Balik-balikkan selalu. Bila kekuningan
bolehlah diangkat.