Isnin, 29 Oktober 2012
Masak Lemak Ayam
Assalamualaikum wrh wbr.....
Tengahari ini terasa pula nak makan masak lemak cili api ayam. Memandangkan stok ayam pun masih ada lagi dalam simpanan serta bhan-bahan lain pun semuanya dah ada, jadi saya masak lomak ayam lah untuk makan tengahari ni. So lihatlah resepinya...
Resepi Masak Lemak Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 biji ubi kentang
2 1/2 cawan santan
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili api*
1 inci halia*
2 batang serai
sehelai daun kunyit
sekeping asam gelugur
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk
atau dikisar halus.
2. Panaskan periuk, masukkan bahan-bahan
kisar tadi bersama sedikit air. Biarkan ia
menggelegak.
3. Masukkan ayam, kentang, serai, asam dan
daun kunyit. Biarkan seketika. Kemudian
barulah masukkan santan. Kecilkan api
supaya santannya tidak membuak-buak.
Dikacau selalu supaya santannya tidak
pecah.
4. Masukkan garam. Apabila kentang dah
empuk, barulah diangkat untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan