Isnin, 15 Oktober 2012
Pengat Pisang
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Melihatkan pisang masih ada lagi yang tersisa. Daripada ianya rosak begitu sahaja, maka saya buatkan pengat pisang. Orang belah utara cakap serawa pisang. Sewaktu saya tinggal kat Indon dulu, bila bulan puasa orang-orang Indonesia suka buatkan serawa ni.
Dia orang panggil kolak pisang. Saya rasa semua orang tahu masak pengat ni. Saya gunakan pisang montel untuk buat pengat ni. Selain dari pisang, kita juga boleh gantikan dengan ubi keledek, buah labu, nangka, durian dan sebagainya.
Jom kita tengok resepinya....
Resepi Pengat Pisang
Bahan-bahan:
4 biji pisang dipotong menyerong
2 1/2 cawan santan
sedikit sagu mata ikan
3 sdb gula putih
1 sdb gula merah
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Jerangkan air, gula putih serta gula merah
sehingga cair. Masukkan sagu mata ikan.
2. Masukkan daun pandan dan sedikit garam.
Masukkan santan. Kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan pisang, biarkan
seketika. Barulah diangkat untuk dihidang-
kan. Sedap dimakan ketika panas atau
sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan