Sabtu, 31 Mei 2025

Pokok Bunga Pukul 10 Pagi

 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua. Juga selamat bercuti kepada kawan2 yang punyai anak yang masih bersekolah. Sempena cuti sekolah ni ada diantara kawan2 yang pergi bercuti bersama keluarga. Tapi saya tetap saja dirumah meluangkan waktu buat apa yang patut. Lagi pula beberapa hari lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidil Adha pula.

Sambil-sambil tu saya meluangkan masa dengan mengemaskan pokok-pokok yang dah jadi semak samun di laman, gantikan pula dengan pokok2 yang baru.

Jom saya share tanaman pokok bunga pukul 10 pagi yang baru sahaja saya tanam minggu2 yang lalu. Sebelum ni saya memang tak berminat lagi menanam bunga ni disebabkan sebelum ni tanaman saya diserang bena putih.



Selepas jiran depan rumah yang berbangsa cina, berikan saya beberapa batang pokok bunga ni, jadi saya pun cuba menyemainya. Ternyata naik dengan elok pula. Timbullah minat saya untuk  membiakkan pokok-pokok bunga ni lagi.

Bunga ini dikenali dengan nama Portulaca, mempunyai berbagai jenis warna sebenarnya, tapi saya hanya ada beberapa warna sahaja seperti pink, kuning dan oren sahaja. Sangat mudah membiak apabila ditanam, juga sangat cantik jika ditanam di laman rumah.



Bunga ini boleh ditanam terus di atas tanah, didalam pasu dan juga boleh digantung. 





Bunga ini akan mula berkembang pukul 9 pagi dan akan mekar pada pukul 10 pagi. Apabila pukul 2 petang ia akan menguncup kembali.



Ada bunga yang berwarna kuning full dan ada juga berwarna kuning campuran oren.



 Cara menanamnya juga sangat mudah dengan cara memotong keratan batang, kemudian baru di cucukkan ke dalam tanah.










Jom kita cantikkan laman rumah kita dengan bunga-bunga yang indah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan