Jumaat, 23 Mei 2025

Kuih Bingka Kacang Hijau

Assalamualaikum...

Selamat tengahari hang pa semua, moga sihat selalu. Teringin nak merasa kuih bingka kacang hijau, kebetulan ada lebihan kacang hijau lebihan buat bubur sebelum ini. Jadi saya cuba lah buat kuih bingka kacang hijau ni. Saya cuba resepi dari Yati Memories. Memang sedap kuihnya. Suami dan anak-anak saya juga suka. Berulang-ulang mereka makan. Terima kasih resepinya saya sharekan resepinya disini pula ya...



Resepi Kuih Bingka Kacang Hijau

Bahan-bahan:
 
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sdb mentega / minyak sapi
3 biji telur
secubit garam
pewarna hijau dan perisa pandan
2 cawan kacang hijau yg telah direbus dibahagi dua
bijan secukupnya


cara memasaknya:

1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kacang hijau dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat, sentiasalah dikacau guna whisk. Guna api sederhana je.
3. Masukkan 1 cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
4. Masukkan 1 sdb minyak masak ke dalam loyang dan oleskan merata. Boleh juga menggunakan mentega.
5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak masak dah panas, masukkan adunan tadi.
6. Tabur bijan dan bakar guna api atas bawah suhunya 180C selama 1 jam 15 minit. Tambah lagi api atas selama 5 minit untuk dapatkan kuih yang garing.
              

                                    

Boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap dimakan bersama minuman panas.



2 ulasan: