Isnin, 4 November 2024

Udang Goreng Kacang Buncis

 Assalamualaikum sahabat semua...

Selamat malam... moga semuanya sihat selalu. Hari ni saya masak ringkas je untuk menu makan tengahari tadi. Biasanya ayam goreng mesti ada setiap hari. Kalau tak ayam goreng dengan garam kunyit, ayam goreng tepung, disebabkan si kecil tu suka makan nasi dengan ayam goreng. Kalau tak dak ayam goreng, rela dia tak makan nasi. Aduhai... anak2 la ni. Sampai dah naik jemu kita ni makan ayam tiap hari.

Jadi hari ni masak udang pula. Mulanya nak buat udang masak lemak, tapi tak jadilah pulak disebabkan kesuntukan masa, anak nak pergi sekolah. Jadi udang goreng dengan buncis je lah biar cepat dimasak dan cepat dimakan.



Udang goreng kacang buncis

Bahan-bahan:

Udang

kacang buncis [dipotong]

Sedikit karot [dipotong]

bawang merah [dihiris]

bawang putih [dihiris]

cili merah [dihiris]

kunyit serbuk

garam

sedikit sos tiram



Cara memasaknya:

1. Udang dibersihkan dan dicampurkan 

   dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah 

   serta bawang putih hingga kekuningan.

   Masukkan udang. Kemmudian dikacau 

   hingga udang masak.

3. Masukkan pula kacang buncis, sentiasa

   dikacau supaya tidak hangit. Masukkan 

   pula sos tiram. 

4. Perasakan dengan garam. Bila dah cukup 

   rasa barulah dimatikan api. Angkat 

   dan hidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas berserta sambal belacan dan ulaman.



2 ulasan:

  1. Waalaikumussalam.
    Sedapnya udang goreng kacang buncis.
    Petang tadi saya masak udang dengan peria.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow... lagi sedap tu Amie, masak udang dengan buah peria.

      Padam