Rabu, 31 Ogos 2016
Serawa Cempedak
Assalamualaikum wrh... wbr...
Sekarang ni tengah musim buah. Kat mana-mana pun terdapat orang menjual buah-buahan termasuklah buah cempedak. Harum semerbak baunya jika buah tu dah cukup masak.
Alhamdulillah kelmarin ada kawan baru balik dari dusun buah, diberinya sebiji cempedak. Dapatlah merasa buahnya. Jadi saya buatkan serawa cempedak. Sedap sangat dapat makan bersama pulut. Jom tengok resepinya...
Resepi Serawa Cempedak
Bahan-bahan:
ulas cempedak
santan
gula
sedikit gula merah
simpulan daun pandan
sedikit sagu
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Masaukkan santan ke dalam periuk, kemudian
masukkan gula, gula merah, daun pandan.
Masak di atas api hingga mendidih.
2. Masukkan pula sagu dan masak lagi hingga
mendidih.
3. Masukkan buah cempedak, biarkan hingga buah
cempedak masak. Taburkan sedikit garam
untuk menaikkan lemaknya.
4. Apabila sagu sudah kembang bolehlah
diangkat untuk dihidangkan.
* Serawa cempedak ini sedap dimakan bersama
roti atau nasi pulut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan