Khamis, 24 Julai 2014

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya di samping menjalani ibadah puasa serta pengamalan di penghujung ramadhan ini.Hanya tiga hari lagi, umat islam akan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti.

     Masih lagi cerita tentang masakan. Hari ini, saya buatkan masak lemak cili api ikan tenggiri. Jom lihat resepinya...



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri 

Bahan-bahan:
5 potong ikan tenggiri
10 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 keping asam gelugur
1 batang timun (dipotong dan dibuang bijinya)
1 helai daun kunyit
3 cawan santan
2 batang serai (dititik)
garam dan perasa secukup rasa 

Cara memasaknya:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar serta
   serai ke dalam periuk, masak hingga
   mendidih.
3. Masukkan santan,asam gelugur serta ikan,
   daun kunyit serta timun. Sentiasa dikacau 
   supaya santannya tidak pecah minyak.
4. Masukkan garam serta serbuk perasa. 
   Perasakan  garamnya. Bila dah cukup rasa,
   bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan