Khamis, 28 November 2013
Kari Telur Rebus
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di hari Jumaat yang mulia ini, semoga berbahagia selalu. Hari ini saya masak kari telur rebus utk santapan makan tengahari ini. Biasa lah penghuni kat rumah ni, semuanya sukakan kari. Kalau lama tak buat kari. Pasti ada yang bertanyakan.... bila nak masak kari. Tak payah cerita panjang-panjang, mai kita tengok resepi kari telur rebus ya....
Resepi Kari Telur Rebus
Bahan-bahan:
6 biji telur (direbus, dikupas kulit dan
digoreng sekejap)
4 sdb rempah kari (dicampur dgn sedikit
air)
1/2 biji kelapa (diambil santan secukupnya)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 pelepah daun kari
Kulit kayu manis
sedikit kerisik
garam dan perasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang di
hiris bersama daun kari serta kulit kayu
manis hingga garing.
3. Masukkan rempah kari, dikacau serta di
biarkan hingga garing atau naik minyak.
4. Masukkan santan, biarkan sekejap.
Masukkan telur. Apabila sudah mendidih
baru masukkan garam serta perasa.
5. Bila dah masak barulah diangkat untuk
dihidangkan.
Rabu, 27 November 2013
Kuih Talam Suji
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan didoakan kepada teman-teman semua, semoga anda semua lebih csria di pagi ini. Kali ini saya entrikan mengenai kuih talam suji yang saya telah cuba resepinya dari Chef Zubaidah. Memang sedap kuihnya. Tapi saya buatkan setengah adunan sahaja. Anak-anak memang tidak menggemari kuih-kuih talam ni, tapi kalau kek cepat lah habis.
Saya copykan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Talam Suji
Bahan-bahan:
Bahan lapisan bawah:
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum
2 biji telur
pewarna lemon yellow
120 gm gula pasir
750 ml santan cair
1/2 tsp garam
Bahan lapisan atas:
2 biji telur
700 gm santan pekat
1 tsp esen vanila
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
80 gm gula pasir
200 gm gula melaka
1 tsp coklat emulco
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan
kacau di atas api sederhana hingga kental.
Masukkan ke dalam loyang yang telah
dialas dengan plastik. Ratakan dan kukus
selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka, kemudian kisar
bersama dengan bahan lapisan atas. Tapis
ke dalam periuk, masak hingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan bawah bahan
tadi, tutup loyang dengan aluminium foil
dan kukus selama 30 minit atau sehingga
masak.
4. Sejukkan kuih dahulu, barulah dipotong.
Isnin, 25 November 2013
Jalan-Jalan ke Paya Indah Wetlands
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia teman-teman semua. Semoga berbahagia selalu di hari ini. Hari minggu kelmarin kami sempat jalan-jalan ke Paya Indah Wetland. On the way nak hantar anak bujang balik ke kolejnya, di Bangi. Maka bawalah mereka jalan-jalan di hujung minggu. Dapatlah hilangkan boring sikit setelah beberapa hari terperap kat dalam rumah. Sebelum ini memang dah tahu mengenai tempat ini, tapi baru sekarang berkesempatan ke sana.
Sebenarnya kolam kat belakang tu ada buaya, tapi tak dapat tengok buayanya kerana buayanya semua kat dalam air. Mungkin waktu kita datang dah lewat. Jadi buayanya tengah berehat gamaknya. Ada satu lagi kolam badak air. Tapi tak juga dapat lihat badaknya.
Ini pula tasik di sebelahnya. dipenuhi pokok teratai. Sesuai untuk kaki-kaki pancing yang suka memancing ikan.
Ini pula kat atas menara tinjau. Best juga dapat naik kat atas dapat lihat kawasan sekelilingnya.
Pemandangan dapat dilihat dari atas menara tinjau. Lihat..... kawasannya memang banyak kawasan paya.
Kat Paya Indah Wetland ini ada juga disediakan chalet. Kalau ada yang nak buat family day ramai-ramai memang sesuai sangat memandangkan keadaan tempatnya yang cantik dan suasananya yang agak tenang.
Jumaat, 22 November 2013
Tanamanku
Assalamualaikum wrh wbr.....
Selamat bercuti kepada teman-teman yang sedang bercuti di ketika ini. Almaklumlah sekarang ini kan cuti persekolahan dah bermula. Ada juga ibubapa yang mengambil peluang pergi holiday bersama-sama dengan keluarga tersayang.
Entri kali ini, mengenai sedikit tanaman yang saya tanamkan untuk memenuhi masa lapang. Almaklumlah sekarang ini tengah musim hujan. Jadi ambil kesempatanlah bercucuk tanam.
Ini pokok buah delima yang dulunya hidup segan mati tak mahu. Bila dah dipindahkan ke atas tanah barulah ianya tumbuh subur. Tapi belum juga berbuah.
Ini pula pokok daun selasih atau pun basil.
Pokok pegaga kampung. Sedap dibuat ulam atau kerabu.
Pokok daun kunyit yang baru nak tumbuh subur.Dan kunyit muda ni macam-macam boleh digunakan dalam masakan.
Ini pula juga daun pegaga. Pegaga air mungkin, mudah hidup apabila ditanam.
Daun kari.... Sapa yang tak kenal daun kari? Digunakan untuk masak kari. Baru nak subur kembali. Sebelum ini daunnya dah tua-tua semuanya. Saya pangkaskan, lalu tumbuh tunas baru. Baru lah nampak segar sedikit.
Pokok cili merah saya tanamkan kat dalam polibag. Tapi masih belum berbuah lagi.
Inilah pula pokok kacang panjang. Pancangnya rendah sangat. Jadi saya biarkan ia menjalar memanjat pokok di sebelahnya.
Menanam pokok ni, hanya sekadar melayan hobi saja lah.Saja nak keluarkan peluh je. Tapi bila dah tengok hasil tanaman kita tu subur dan mengeluarkan hasil, rasa seronok lah pulak.
Jumaat, 15 November 2013
Kek Pandan Kelapa
Assalamualaikum wrh...wbr...
Dalam bahagia teman-teman semua semoga ceria-ceria selalu di petang Jumaat yang berbahagia ini. Hari ini saya mencuba resepi kek pandan kelapa dari dapur YATI MEMORIES. Okeylah, menjadi juga keknya. Sedap rasanya. Sebelum ini saya pernah mencuba membuat kek, tapi hampa. Tak tahu lah apa silapnya. Kek menjadi keras dan tak naik.
So... Kali ini tawakal jelah. Terima kasih Yati kerana sharekan resepi kek ini. Saya copykan resepinya kat sini pula ya...
Bahan-bahan: (loyang 8x8 inci)
250 butter
1 cawan gula castor (1/4 dan 3/4 cawan)
1 sdt ovallett
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan
putihnya)
2 cawan tepung superfine/ tepung gandum*)
1 sdt baking powder* (diayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sdk perisa pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering untuk tabur di atas kek
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur bersama 1/4 cawan gula
kastor hingga ringan (ketepikan).
2. Sementara itu dalam bekas lain, pukul
butter, ovallete dan3/4 cawan gula castor
sehingga kembang dan putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan
pukul sebati.
4. Masukkan pandan emulco dan juga pewarna
hijau.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan
santan. Kacau rata sehingga adunan
betul-betul sebati.
6. Masukkan adunan putih telur dan gaul
kaedah kaup balik.
7. Sediakan loyang yang telah dilapik kertas
minyak dan sapukan sedikit butter di
sekeliling loyang.
8. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan
hentak-hentakkan 2 kali. Taburkan kelapa
kering di atas kek.
9. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek
masak. Guna api atas dan bawah 180C dan
letak di rak tengah.
10.Setelah masak, angkat dan sejukkan di
redai kek. Setelah sejuk bolehlah dipotong
untuk dihidangkan.
Khamis, 7 November 2013
Kuih Talam Gula Merah
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya di hari ini. Hari ni nampaknya berjaya juga saya membuat kuih talam gula merah. Sebelum ini pernah buat, tapi tak menjadi.... kuihnya lembik dan tak boleh dipotong. Entah apa silapnya, saya pun tak pasti. Jadi kali ini saya mencuba dari resepi KAk HANILIZA.
Alhamdulillah menjadi kuihnya dan sedap pula tu....Saya buatkan setengah adunan sahaja. Tapi potongannya kurang cantik sedikit. Walau apapun jua, saya ucapkan terima kasih di atas resepinya. Saya letakkan resepinya di sini untuk rujukan di masa akan datang.
Resepi Kuih Talam Gula Merah
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air biasa*
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 sdt air kapur
Cara membuatnya:
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada
loyang.
2. Bahan yang bertanda * dimasak diatas api
dan sejukkan.
3. Gaulkan adunan dan tapiskan.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan
selama 20 minit.
5. Bila dah masak, cakarkan sedikit permukaan
adunan dengan garpu.
Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sdk garam
Caranya:
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sekejap di
atas api sehingga naik wap saja.
2. Tuangkan ke atas adunan bawah yang telah
dicakarkan sedikit.
3. Kukuskan selama 20 minit atau sehingga
masak.
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan
pisau plastik.
Selasa, 5 November 2013
Jalan-Jalan Cuci Mata di Nursery Sungai Buluh
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam maal Hijrah diucapkan kepada teman-teman di dunia maya ini. Bersiaran lagi di kali ini. Hari ini sempat ke nursery bunga di Sungai Buluh mengikut encik hubby membeli tanah serta baja untuk tanaman serai. Apa lagi tak lepaslah peluang untuk mengikut. Bukan apa... saja nak mencuci mata melihat kehijauan serta kesuburan tanaman bunga-bungaan di nursery.
Sampai je kat sana, terlihat ramainya orang. Dah macam kat taman reakreasi lah pula. Sempena dengan cuti hari ini ramai orang pergi membeli bunga kat nursery. Lagi pula sekarang ini tengah musim hujan. Kalau tanam apa pun pasti akan menjadi.
Geram pula melihat pokok-pokok kaktus tu. Dah macam kat Cameron Highland lah pula.
Cantik pulak pokok bunga purple ni.
Sukanya nengok pokok bunga ni....Subur sangat. Rasa macam nak borong kesemuanya.
Isnin, 4 November 2013
Salam Maal Hijrah 1435 H (2013)
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada teman-teman semua. Sungguh cepat rasanya masa berlalu. Usia kita pun semakin hari semakin bertambah. Kini kita memasuki tahun baru 1435 Hijrah.
Marilah kita sama-sama membacakan doa awal tahun serta doa akhir tahun.
Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah ini akan membuka lembaran yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.