Khamis, 28 November 2013
Kari Telur Rebus
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di hari Jumaat yang mulia ini, semoga berbahagia selalu. Hari ini saya masak kari telur rebus utk santapan makan tengahari ini. Biasa lah penghuni kat rumah ni, semuanya sukakan kari. Kalau lama tak buat kari. Pasti ada yang bertanyakan.... bila nak masak kari. Tak payah cerita panjang-panjang, mai kita tengok resepi kari telur rebus ya....
Resepi Kari Telur Rebus
Bahan-bahan:
6 biji telur (direbus, dikupas kulit dan
digoreng sekejap)
4 sdb rempah kari (dicampur dgn sedikit
air)
1/2 biji kelapa (diambil santan secukupnya)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 pelepah daun kari
Kulit kayu manis
sedikit kerisik
garam dan perasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang di
hiris bersama daun kari serta kulit kayu
manis hingga garing.
3. Masukkan rempah kari, dikacau serta di
biarkan hingga garing atau naik minyak.
4. Masukkan santan, biarkan sekejap.
Masukkan telur. Apabila sudah mendidih
baru masukkan garam serta perasa.
5. Bila dah masak barulah diangkat untuk
dihidangkan.
sedap jugak kan sesekali msk kari telur...
BalasPadamMemang pun Mida. Setiap hari asyik masak ikan, ayam je..... Sesekali masak kari telur...... ok jugak.
Padam