Selasa, 9 April 2013
Agar-agar Sirap Susu
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia semua, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya. Di cuaca yang panas terik ni.... sedap juga kalau dapat makan agar-agar atau puding yang sejuk dan dapat menyamankan tekak. Oleh kerana masih ada lagi agar-agar yang berbaki maka saya buatkan agar-agar sirap susu. Lihat lah resepinya....
Resepi Agar-agar Sirap Susu
Bahan-bahan:
10 gm agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
sedikit sirap ros
Cara memasaknya:
1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga
larut, masukkan gula dan daun pandan.
Kacau lagi sehingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian
daripada agar-agar tersebut, masukkan
pewarna sirap ros. Masukkan ke dalam
bekas dan bekukan. Setelah sejuk potongkan
kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas atau
acuan yang disukai.
3. Sebahagian lagi masukkan susu cair. Biarkan
mendidih seketika. Kemudian barulah dituang
ke dalam acuan yang berisi agar-agar sirap
tadi. Sejukkan ke dalam peti sejuk.
Sedap nya dapat nikmati diptg hari time2 pns ni kan... :-)
BalasPadamYe.... lah Maria. Di cuaca panas terik begini dapat makan benda-benda yang sejuk memang best sangat.
Padamcntik, sdp sngt klu mkn sejuk2 dr peti ais.....
BalasPadamMemang pun kak Ruby.... Di cuaca panas terik ni, dapat makan agar-agar ke atau puding yang sejuk-sejuk baru lah rasa nyaman tekak kan....
Padamnmpk sedap je kn, :)
BalasPadamMemang sedap pun.... Amelina. Boleh lah dicuba nanti.
Padam