Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Kelmarin pergi pasar beli barang-barang dapur, terlihat daun pisang yang cantik-cantik lagi fresh. Teringin pula nak cuba masak kuih yang menggunakan daun pisang. Belek punya belek resepi, terjumpalah resepi kuih koci ni. Teringin nak makan hasil buatan sendiri. Saya cuba dari resepi PERIUK TANAH. Sedap kuihnya.... Mai lah kita tengok resepinya.
Resepi Kuih Koci
Bahan-bahan:
- Daun pisang secukupnya dilayur dan di-
potong 5x5 inci.
- 1 cawan santan pekat yang dicampur dengan
1 sdb tepung gandum, kemudian dimasak
sehingga sedikit pekat dgn menggunakan
api yang sederhana (saya tak letak).
Intinya:
4 sdb gula merah
2 sdb gula putih
1/2 biji kelapa parut
1 helai daun pandan
1/2 cawan air
Caranya:
1. Masak gula merah dan gula putih bersama
air sehingga larut. Angkat dan tapiskan.
2. Masakkan kembali dengan menggunakan api
yang kecil. Masukkan daun pandan serta
kelapa. Masak sehingga kering. Kemudian
angkat dan sejukkan.
Dohnya:
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
1 sdt garam
Caranya:
1. Masukkan kedua-dua jenis tepung serta
garam ke dalam bekas, masukkan santan
sedikit demi sedikit sambil di uli dohnya.
2. Ambil sedikit dan bulatkan.
Cara membalut kuih:
1. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak
ke atas permukaannya.
2. Ambil secubit doh, leperkan ia. Kemudian
masukkan inti kelapa ke dalamnya.
Tutupkan ia, bulatkan sebesar bola
pingpong.
3. Letakkan ke atas daun pisang, masukkan
sedikit santan. Kemudian barulah
dibalutkan ia. Ulangi lagi proses membalut
kuih sehingga selesai.
4. Masukkan kuih-kuih tersebut ke dalam
pengukus dan kukuslah selama 20 - 25
minit.
5. Setelah masak barulah di angkat.
salam fadzillah, kak ruby suka kuih ni, lama dah x wat ......sdp kan
BalasPadamMemang sedap kuih koci ni.... akak. Saya First time buat kuih ni. Lepas ni boleh lah buat lagi.
PadamSedapnye kak, minggu lepad kita buat koci labu
BalasPadam