Selasa, 11 Disember 2012
Ikan Patin Masak Tempoyak
Assalamualaikum wrh...wbr...
Salam di petang Rabu untuk semua. Semoga berbahagia selalu. Masak apa untuk makan tengah hari ni. Alhamdulillah, hari ni saya masak ikan patin masak tempoyak. Hmm.... sedapnya. Bertambah-tambah lah hari ini makan nasi. Sebenarnya dah lama beli ikan patin ni. Asyik teragak-agak nak masak. Hari ni, berjaya juga saya masak tempoyak. First time, sebenarnya beli ikan patin ni. Ikannya agak berbau juga, sbb tu tak suka nak masak. Tapi bila dah dicuci dengan air asam dan garam, tak lah berbau sangat. Boleh lah dimakan. Marilah kita lihat resepinya...
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (dipotong dan dicuci
dengan air asam serta garam)
2 batang serai (dititik)
2 sdb tempoyak ( kalau tak cukup boleh
tambah lagi)
20 biji cili api ( kalau nak pedas lagi boleh
tambah)*
4 ulas bawang kecil*
1 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
secekak daun kesum
gula serta garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuahnya
Cara memasaknya:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
Panaskan periuk, masukkan bahan-bahan
tumbuk, serai tempoyak, serta sedikit air.
Masak hingga mendidih bahan2 tersebut.
2. Kemudian masukkan ikan, daun kunyit
serta daun kesum. Biarkan lagi sehingga
mendidih. Masukkan garam serta gula
secukup rasa.
3. Rasakan ia, bila dah cukup rasa, barulah
diangkat untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan