Selasa, 11 Disember 2012
Kuih Jemput-Jemput Durian
Assalamualaikum wrh wbr....
Bertemu lagi di entri kali ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak share lah mengenai kuih jemput-jemput yang biasanya orang selalu buat. Orang kedah kata cekodok. Macam-macam jemput-jemput yang kita boleh buat contohnya jemput2 pisang, jagung, gandum dan macam-macam lagi. Kali ini saya share kan mengenai jemput-jemput durian pula.
Almaklumlah sekarang ni tengah musim durian. Buka je peti ais bau harum semerbak buah durian satu peti ais.. Marilah kita lihat kuih yang serba ringkas ini....
Resepi Kuih Jemput-jemput Durian
Bahan-bahan:
1 cawan isi durian
2 senduk tepung beras
sedikit gula (agak-agak manisnya)
sedikit garam
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan tersebut sehingga
bercampur dan sebati.
2. Panaskan minyak masak, jemput-jemputlah
tepung tersebut serta masukkan ke dalam
minyak yang panas. Sentiasa digoreng
supaya ia tidak hangus. Gunakan api
sederhana.
3. Bila dah masak, bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.
wah.. nampak sedap je.. bolehla saya cuba buat. org2 kat rumah semua hantu durian..
BalasPadamCubalah buat... Kina. Resepinya pun mudah saja.
BalasPadamSamalah kita, orang-orang kat rumah saya pun memang suka sangat durian.
Cubalah buat... Kina. Resepinya pun mudah saja.
BalasPadamSamalah kita, orang-orang kat rumah saya pun memang suka sangat durian.