Rabu, 12 Disember 2012

Kuih Talam Durian

       
        Assalamualaikum wrh wbr....

   Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat hendaknya. Entri kali ini mengenai masakan kuih talam durian memandang durian masih berbaki lagi di dalam peti sejuk. Sebenarnya saya dah cuba buatkan kuih talam sebelum ini. Cuma kuih talam biasa je. Tapi tak menjadi, lembik je. So, dah serik nak buat lagi. Bila tengok kuih talam YATI MEMORIES cantik-cantik je, teringin pula nak cuba buat. 


    Alhamdulillah menjadi pulak talam durian kali ini. Sedap pulak tu..... Nampak gaya nya lepas ni, rajin pulak lah saya nak menalam. Terima kasih saya ucapkan kepada Yati Memories atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya kat sini ye...






Resepi Kuih Talam Durian

Bahan-bahan:


Lapisan bawah:


1 cawan durian
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sdb tepung kastard
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:


1. Panaskan loyang. Alaskan loyang bersaiz 
   8x8 in dengan plastik dan sapukan sedikit 
   minyak.

2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tuangkan 
   ke dalam loyang.

3. Masukkan ke dalam pengukus yang telah 
   dipanaskan dan kukuslah selama 30 minit.

4. Bila hendak masukkan adunan atas,
   cakarkan permukannya dahulu.




Lapisan atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
3 sdb tepung jagung
1 sdk garam

Cara membuatnya:


1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan 
   rata.

2. Tapiskan ke dalam kuali. Kacau sebentar. 

3. Bila dah pekat tuangkan ke atas lapisan 
   bawah tadi.

4. Kukus selama 20 minit.

5. Sejukkan dahulu barulah dipotong untuk 
   dihidangkan.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    amboi sedapnya kuih talam durian.. tak pernah rasa lg ni. nak buat pun kena tunggu dpt cari durian dulu la. tp kalau jumpa durian mmg tak sempat buat apa2 terus nak ngap hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Umi...
      Kebetulan kat sini tengah banyak durian.
      Sebab tu lah sempat lagi buat kuih.
      Memang sedap kuih talam durian ni. Nanti kalau dah dpt duriannya bolehlah Umi cuba.

      Padam