Jumaat, 16 November 2012
Sagun
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. Teringat masa kecik-kecik dulu, makanan kegemaran iaitu sagun. Tiap hari pasti beli sagun ni. Kalau silap-silap makan sampai tersedak-sedak.
Sekarang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri. Bahannya pun tak banyak dan mudah disediakan. Saya ambil dari SUHAILI MY RESEPI. Terima kasih atas resepinya, izinkan saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.....
Resepi Sagun
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut
200 gm tepung beras
50 gm tepung pulut
80 gm gula halus
Cara membuatnya:
1. Goreng kelapa parut hingga separuh kering
atau hingga wangi.
2. Kemudian masukkan tepung beras dan
tepung pulut.
3. Goreng semuanya hingga garing dan ber-
derap dgn api perlahan selama 20 hingga
25 minit.
4. Sejukkan dahulu baru digaul dengan gula
halus.
5. Kemudian baru dibungkus atau siap dimakan.
adda kecik2 dulu suka gk makan sagun ni..makan ni xleh ckap..kan tersembur org kt depan..hahaha
BalasPadamBetul tu Adda...Kalau makan ni sambil bercakap. Habislah orang kat depan kita.
Padam