Jumaat, 5 Oktober 2012

Kuih Abuk-abuk Sagu

       
          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia untuk semua, semoga berbahagia selalu. Sebenarnya kuih ni saya dah buatkan dua hari yang lepas. Baru sekarang dapat masukkan entri kat blog ni. Saya cuba resepi kuih ni dari MY RESEPI. Sedap kuihnya, tapi anak-anak saya tak berapa suka kuih ni. Almaklumlah kuih orang lama. Kalau saya memang suka sangat kuih yang menggunakan gula merah ni..... Terima kasih atas resepi ini. 






Resepi Kuih Abuk-Abuk Sagu

Bahan-bahan:

2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
3 sdb gula merah
3 sdb gula putih
garam secukupnya
daun pisang untuk dibuat kelongsong atau 
     calong serta lidi secukupnya


Cara menyediakannya:

1. Basuh sagu dan toskan lima minit.
2. Gaulkan sagu, kelapa serta garam.
3. Dalam bekas lain, campurkan gula merah 
   dengan gula putih.
4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam
   calong daun pisang. Kemudian masukkan 
   1/2 sudu campuran gula dan akhir sekali 
   masukkan  1 sudu campuran sagu.
5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. 
   Kukus selama 10 minit. Siap untuk dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan