Isnin, 29 November 2021

Makanan Diet Minggu ke 2 Intake November

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi dikali ini, masih lagi berada dalam program diet. Berjuang lagi hingga mendapat berat yang diinginkan. 

Selama 5 bulan saya ubah mind set, tukar cara pemakanan sihat. Alhamdulillah sudah banyak merasai perubahan diri bila lemak2 tepu dah semakin cair. Naik tangga, tiada mengah2 lagi, sakit lutut pun dah tiada. Duduk tahiyat ketika solat pun dah sempurna, kalau dulu nak lipat kaki pun susah.

Yang bestnya lagi saiz baju pun dah bertukar, nak pakai baju pun kena pakai baju anak2. Baju sendiri semuanya dah jadi besar, dah tak best pakai.

Badan pun rasa lebih sihat serta cergas sepanjang hari, kalau dulu bangun pagi rasa nak tidur balik, pukul 10 pagi je dah mula mengantuk. Banyak perubahan dapat dirasai bila dah tukar cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Masa juga dapat diatur dengan sebaik mungkin. Pagi2 dah boleh buat exercise atau keluar berjalan keliling padang.

Jom tengok menu diet lagi utuk minggu ke 2 di bulan November.

Minggu ni ada challenge plate menarik. Jadi saya share sekali plate kawan2 yang join online coaching.

Hari pertama

Kobis Gulung Dim Sum.




Hari ke2
Bihun Goreng Singapore dengan telur rebus. 




Hari ke 3
Ikan grill dengan sweet potato serta sayur


Hari ke 4

Suhun goreng sama tempe grill.



Hari ke 5

Ikan tenggiri kukus bunga kantan sama sayuran.






Best tengok hasil kreativiti kawan2 menghias plate masing-masing. Menarik sangat... Menu yang sama tetapi masakan yang berbeza. 




Selasa, 16 November 2021

Menu Dim Sum Sihat

 Assalamualaikum...

Dalam Program FTOC para peserta diberikan menu2 masakan sihat. Setiap bulan menu2 masakan akan bertukar-tukar. Jadi minggu ni, ada menu dimsum. Tapi versi sihat lah. Jadi kawan2 yang berdiet boleh cubalah ya...



Kobis Gulung Dim Sum

Bahan-bahan:

4/5 helai napa cabbage (kobis panjang)
dada ayam *
1/4 bawang holland *
cili merah *
cili hijau  *
lobak merah *
daun sup *

Bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.



Cara penyediaannya:

1. Kukus daun kobis sebentar sehingga lembut.

2. Ambil sehelai kobis yang telah dikukus

   lembut. Buang sedikit bahagian yang 

   keras.

3. Letakkan 1 sudu besar bahan inti yang 

   telah dikisar diatas kobis.

4. Gulung seperti popia.

5. Ulang step diatas sehingga kobis habis.

6. Kukus gulungan kobis selama 6-10 minit 

   atau sehingga isi ayam cukup masak.

7. Siap untuk dihidangkan.


Khamis, 11 November 2021

Bermula lagi Intake November diet FTOC

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkat, moga semuanya beroleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.

Sambung lagi perjuangan saya dalam program penurunan berat badan di bulan November. Mudah2an bulan ni tercapai target yang diinginkan.


Jomlah tengok menu masakan orang diet. Best sebenarnya ikut program ni. Kawan2 dalam group saling support, coach2nya juga sangat sporting dan yang bestnya menu makanannya sedap2 belaka. 

Minggu pertama.

Ikan Singgang sama brown rice


Hari ke 2

Ayam grill sama sweet potato


Hari ke 3

Ikan Bawal grill sama mix vegetable


Hari ke 4

Tuna wrap


Hari ke 5

Spagetti Aglio Olio Seafood


Hari ke 6

Tempe Paprik



Alhamdulillah... timbangan minggu ni turun jugak. Setakat ni dah 16.25 kg berat dah turun. Moga tak naik lagi selepas ni, terus turun dan turun hingga mencapai target. Aaminn...


Ahad, 7 November 2021

Resepi menu sihat- Ayam Grill, sweet potato serta Salad

 Assalamualaikum... 

selamat petang sahabat semua, moga semuanya sihat swlalu.

Lama tak share resepi, kali ni saya cuba share resepi menu sihat. Mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada kawan2 yang berdiet.

Kali ni saya share menu yang paling mudah, yaitu ayam grill, sweet potato serta sayur salad.

Resepi Ayam Grill

Isi ayam sebesar tapak tangan

sedikit garam bukit

sedikit kunyit

sedikit serbuk kari

bawang putih cincang

olive oil.

Caranya:

Semua bahan2 diperap gaul bersama ayam kecuali olive oil. Perap sebentar, kemudian panaskan kuali, letak sedikit minyak olive oil, grilkan ayam tersebut sehingga masak.

Sweet potato pula, hanya rebus sahaja sehingga ia masak.

Kemudian boleh hidangkan bersama sayur mentah seperti salad, timun jepun tomato ceri dan sebagainya.

Mudah kan... nak kurus. Makan-makan terkurus nanti.



Di minggu pertama semua peserta perlu share menu masakan diet yang diberi. Sesiapa yang menghias platenya cantik dan menarik akan dapat hadiah dari coach kesayangan. Ha ha.. sungguh menarik gitu.


Simpan di sini selfi menu yang sama dari sahabat-sahabat yang join FTOC bulan ini.


Sebagai panduan kepada saya juga. Jom ikut cara PINGGAN SIHAT MALAYSIA. Makan biar seimbang... cukup protein, karbo, serat serta lemak baik yang diperlukan oleh tubuh kita. Lebih mudah kalau ikut tips SUKATAN TANGAN SENDIRI kan...



Makan ikut potion yang diberi.
Bagi yang berdiet pilih ayam mengikut kalori yang paling sedikit. Barulah berat badan cepat turun jika mengikut cara pemakanan yang betul.




Khamis, 4 November 2021

Makanan Diet Minggu ke 4 Intake Oktober

 Assalamualaikum...

Update lagi menu makanan diet saya dimnggu terakhir Intake Oktober, serta result final timbang.

Hari per 1

Ikan bawal sama oat serta sayuran.


Hari ke 2

Mertabak ayam.



Hari ke 3

Sambal Gesek Ikan sama sayuran salad



Hari ke 4

Egg Fritata



Hari ke 5

Solf Tofu serta Brokoli



Hari ke 6

Spagetti Kari Ayam sama Sayuran



Hari ke 7

Roti Rap sama Ayam grill serta salad dan karot.



Hasil timbangan naik sikit kali ni, tapi ok lah turun 2 kg je bulan ni. Perlu kerja keras lagi untuk turun lebih banyak kg. Apa-apa pun tetaplah bersyukur dengan result sendiri.



Result selepas 4 bulan join Fast Track Online Coaching.

Insyaallah terus berjuang lagi di Intake November. Mudah2an akan tercapai sehingga berat yang ideal.