Isnin, 29 November 2021

Makanan Diet Minggu ke 2 Intake November

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi dikali ini, masih lagi berada dalam program diet. Berjuang lagi hingga mendapat berat yang diinginkan. 

Selama 5 bulan saya ubah mind set, tukar cara pemakanan sihat. Alhamdulillah sudah banyak merasai perubahan diri bila lemak2 tepu dah semakin cair. Naik tangga, tiada mengah2 lagi, sakit lutut pun dah tiada. Duduk tahiyat ketika solat pun dah sempurna, kalau dulu nak lipat kaki pun susah.

Yang bestnya lagi saiz baju pun dah bertukar, nak pakai baju pun kena pakai baju anak2. Baju sendiri semuanya dah jadi besar, dah tak best pakai.

Badan pun rasa lebih sihat serta cergas sepanjang hari, kalau dulu bangun pagi rasa nak tidur balik, pukul 10 pagi je dah mula mengantuk. Banyak perubahan dapat dirasai bila dah tukar cara pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Masa juga dapat diatur dengan sebaik mungkin. Pagi2 dah boleh buat exercise atau keluar berjalan keliling padang.

Jom tengok menu diet lagi utuk minggu ke 2 di bulan November.

Minggu ni ada challenge plate menarik. Jadi saya share sekali plate kawan2 yang join online coaching.

Hari pertama

Kobis Gulung Dim Sum.




Hari ke2
Bihun Goreng Singapore dengan telur rebus. 




Hari ke 3
Ikan grill dengan sweet potato serta sayur


Hari ke 4

Suhun goreng sama tempe grill.



Hari ke 5

Ikan tenggiri kukus bunga kantan sama sayuran.






Best tengok hasil kreativiti kawan2 menghias plate masing-masing. Menarik sangat... Menu yang sama tetapi masakan yang berbeza. 




3 ulasan:

  1. menu semua menarik..thniah dh berjaya ..bestnya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Berkat istiqamah akhirnya tercapai hasrat di hati.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Bila amalkan cara hidup sihat, badan pun makin bertenaga. Semoga berjaya capai berat idaman

    BalasPadam