Jumaat, 3 September 2021

Makanan Diet Minggu Akhir Intake Ogos

 Assalamualaikum...

Salam dihari Jumaat yang penuh keberkatan ini, semoga teman2 sehat dan bahagia selalu hendaknya.

Minggu ni minggu akhir untuk program diet dibulan Ogos, cepat rasanya masa berlalu, tahu2 dah sebulan. Begitulah umur kita, semakin hari semakin bertambah.

Berbalik kepada minggu akhir diet, minggu ke 5 hanya 3 hari sahaja, kemudian final timbang.

Minggu ke 5

Hari pertama

Ikan bakar sama cauliflower rice besert ulam bayam barazil, pegaga air serta timun.

Hari ke 2

Telur digoreng bersama sedikit olive oil serta sayuran, dimakan bersama salad dan tomato.


Hari ke 3

Nasi goreng tuna sama salad dan timun.



Hasil timbangan final tak berganjak pun. Tapi tetaplah bersyukur, alhamdulillah selama dua bulan berdiet, dapat juga turunkan berat badan 9.1 kg. 


Nampak tak perubahannya... walau tak banyak sangat kelihatan perubahannya, baju yang dah 20 tahun lebih tak boleh pakai dah dapat dipakai semula. Alhamdulillah...


Jom kawan-kawan yang nak join berdiet, bolehlah hubungi saya. Umur bukan penghalang untuk kurus, yang penting niat dan usaha yang kuat, pasti akan membuahkan hasilnya. Doakan saya juga semoga istiqamah dan akan teruskan Intake bulan September pula nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan