Khamis, 29 Julai 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu ke 4

 Assalamualaikum...

Update lagi makanan diet saya di minggu yang ke 4. masih lagi dalam proses penurunan berat badan. Untuk menurunkan berat badan perlu masa serta juga perlu semangat yg kuat serta disiplin. Nak menaikkan berat badan memang mudah, tapi nak menurunkan berat badan perlu kesabaran dan kecekalan dan sedikit usaha. Selain itu, nak berdiet juga mesti kena ada ilmu supaya kita tahu cara pemakanan yang sihat, berapa porsi serta kalori yg perlu diambil dalam satu hari.

Sekiranya kita berdiet tanpa ilmu, pengalaman saya berat turun hanya sekejap saja, malah selepas tu berat naik berganda-ganda.

Jomlah tengok makanan yg saya makan untuk lunch di minggu ke 4.

Hari pertama

Kerabu ayam sihat sama salad.



Hari ke 2
Nasi goreng bayam + baked tempe



Hari ke 3
Omelette + bayam dengan sayuran serta mashroom



Hari ke 4
Fettucine seafood kungfu


Hari ke 5
Nasi beras perang, ikan rebus air asam, timun serta bayam brazil
Hari ke 6
Meehoon Singapore dibungkus dengan telur
                         
                        

Walaupun semua masakan hanya menggunakan garam sahaja tanpa gula serta perasa, tapi semuanya sedap.

Jumaat, 23 Julai 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu ke 3

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi... pejam celik pejam celik dah 3 minggu berdiet. Jadi update lagi menu lunch diet saya.

Minggu ni berat badan turun juga tapi sedikit, perlu lebih giat lagi buat exercise kot kalau nak turunkan berat yang banyak. Tapi apa2 pun tetaplah bersyukur, nampak juga hasilnya selama saya berdiet.

Jom tengok pic makan diet minggu ke 3 untuk bulan Julai...

Hari pertama

Chicken patty + sweet potato + sayur salad



Hari ke 2
Cheat Day Raya pertama 

Nasi beras perang + rendang ayam + sayur salad


Hari ke 3
Cheat day hari raya ke 2, tapi saya tak cheat day pun.

Masak mee kari ayam sihat


Hari ke 4
Pizza Wrap Telur + Sayuran


Hari ke 5
Ikan Bakar + Mila's Salad


Hari ke 6
Sotong Tumis Berkunyit + Beras Perang


Hari ke 7
Tofu lembut + brokoli


Inilah makanan yang saya makan ketika lunch setiap hari di minggu ke 3 ini. Mudah2an saya akan terus bersemangat berdiet mencapai target yang diimpikan.


Isnin, 19 Julai 2021

Salam Aidil Adha 2021

 Assalamualaikum... Jumpa lagi kita di kali ini.

Hari ini merupakan hari raya Aidil Adha tahun 2021. Sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemi covid 19, tapi tetap bersyukur kerana di beri kesempatan oleh Allah swt dapat juga berhari raya walaupun dalam keadaan kekurangan. Hanya berhari raya dengan keluarga masing2 tanpa jiran tetangga, keluarga dan sanak saudara.

Sebelum tu saya nak ucapkan salam Aidil Adha buat teman-teman semua walaupun dimana anda berada, mudah2an covid akan cepat lenyap dari mukabuni ini dan kita akan dapat beribadah di masjid2 serta dapat menunaikan fardhu haji dan umrah ke Mekah di masa akan datang.

Sekadar hanya kenangan sahaja, letak juga gambar kenangan raya haji di tahun ini. Besok2 boleh tengok kembali.



Bergambar bersama keluarga.



Juadah raya pun ala kadar, apa yang ada je. Yang penting dapat merasakan suasana raya. Didoakan semoga teman2 juga happy dengan sambutan hari raya anda.




Makanan Diet Intake Julai Minggu Ke 2

 Assalamualaikum...

Berjumpa lagi di update kali ini, moga sahabat semua sihat2 sahaja di malam ini.

Saja saya simpankan photo makanan sihat saya di minggu ke dua ini. Alhamdulillah timbangan di minggu ke dua ini turun sedikit iaitu 1.1 kg. Ok lah juga turun timbangan walaupun sedikit. Jom tengok apa yang saya masak menu diet untuk minggu ke 2.

Minggu kedua:

Hari pertama

Ikan Siakap Stim Lemon sama nasi beras perang

Hari ke 2

Tauhu sumbat sama sayur salad


Hari ke 3
Salmon, Rolled Oat serta salad dan timun


Hari ke 4
Sup telur bersama sayuran

Hari ke 5

Sup Ikan, salad, sweet potato.

HARI KE 6

Suun kacang buncis dan tempe.

Hari ke 7

Sate ayam dan spagetti.


Itulah makanan untuk lunch sepanjang minggu ke dua saya berdiet.


Ahad, 11 Julai 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu Per 1

 Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat semua, moga sihat sejahtera semuanya. Selamat berhujung minggu.

Kali ini saya nak bercerita tentang pragram diet yang saya sertai, satu langkah untuk penurunan berat badan. Memandangkan usia dah semakin berusia perlulah kita menjaga pemakanan kita agar memperoleh kesihatan yang baik.

Memandangkan saya mempunyai penyakit darah tinggi, jadi saya perlu berusaha menurunkan berat badan supaya lebih sihat dan cergas selepas ini.

Sebenarnya saya dah start diet untuk penurunan berat badan pada hari Selasa baru2 ini. Hari ni merupakan hari yang ke enam. Alhamdulillah nampaknya selama 4 hari yang lepas saya berjaya menurunkan berat sebanyak 3.3 kg. Rasa macam tak percaya pula, tapi berkat usaha saya yang kuat, dengan minum air yang banyak, follow meal plant yang diberi oleh coach serta exercise 30 minit setiap pagi, nampaknya saya berhasil menurunkan berat badan walaupun sedikit.

Di sini saya sharekan pic makanan sihat yang saya makan di minggu pertama dlm program diet saya.

Hari per 1 ( Ayam sumbat popeye + mashed sweet potato)



Hari ke 2 (Maggi kari Seafood)



Hari ke 3 (Ikan cencaru sumbat+ salad timun tomato)


Hari ke 4 (Spring rolled egg)



Hari ke 5  (Ikan kerisi bakar berkari mamak + beras perang + ulam-ulaman)


Hari ke 6 ( Soft tofu + brokoli)




Inilah menu yang saya makan ketika minggu pertama diet. Dan inilah hasil timbangan saya.


Doakan saya mudah-mudahan berat badan saya akan turun lebih banyak lagi selepas ini serta doakan semoga saya lebih bersemangat lagi menjalani pragram diet ini.