Khamis, 29 Julai 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu ke 4

 Assalamualaikum...

Update lagi makanan diet saya di minggu yang ke 4. masih lagi dalam proses penurunan berat badan. Untuk menurunkan berat badan perlu masa serta juga perlu semangat yg kuat serta disiplin. Nak menaikkan berat badan memang mudah, tapi nak menurunkan berat badan perlu kesabaran dan kecekalan dan sedikit usaha. Selain itu, nak berdiet juga mesti kena ada ilmu supaya kita tahu cara pemakanan yang sihat, berapa porsi serta kalori yg perlu diambil dalam satu hari.

Sekiranya kita berdiet tanpa ilmu, pengalaman saya berat turun hanya sekejap saja, malah selepas tu berat naik berganda-ganda.

Jomlah tengok makanan yg saya makan untuk lunch di minggu ke 4.

Hari pertama

Kerabu ayam sihat sama salad.



Hari ke 2
Nasi goreng bayam + baked tempe



Hari ke 3
Omelette + bayam dengan sayuran serta mashroom



Hari ke 4
Fettucine seafood kungfu


Hari ke 5
Nasi beras perang, ikan rebus air asam, timun serta bayam brazil
Hari ke 6
Meehoon Singapore dibungkus dengan telur
                         
                        

Walaupun semua masakan hanya menggunakan garam sahaja tanpa gula serta perasa, tapi semuanya sedap.

7 ulasan:

  1. selamat berdiet Diela. semua menu nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... sedap semuanya walaupun hanya guna garam sahaja tanpa perasa dan gula.

      Padam
  2. Selamat berdiet dik..akk pun ni ..klu nk naik bdan cepat sgt..nk turun susah btul lh..aishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah Zila... nak naikkan badan cepat je, nak turunkan berat badan susah perlu usaha yang gigih jugak lah, demi kesihatan yg baik, tu yg gigih nak berdiet jugak.

      Padam
  3. Salam, betul berdiet pun kena berilmu, hidangan semua nampak menyelerakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lah setakat ni, boleh di ikut programnya. Makannya pun boleh dimakan sedap jugak walau hanya pakai garam je tanpa gula dan perasa.

      Padam
  4. Diet yang sihat,lengkap karbohidrat, protein dan fiber.

    BalasPadam