Jumaat, 7 Ogos 2020

Mee Telur Goreng

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... moga sihat selalu.

Pagi ni saya masak mi telur goreng untuk sarapan pagi. Tiap hari asyik nasi goreng, bihun goreng je. Sekali sekala goreng mee telur pula. Kalau maggi goreng lagi mudah masak sbb dah ada perencahnya sendiri. Kalau mee telur pula, kenalah buat perencahnya ikut citarasa sendiri.

Resepi Mee Telur Goreng

Bahan-bahan:

1 paket mee telur (direbus dengan air panas,

  kemudian toskan)

1 ketul ayam (dipotong kecil)

5 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

2 biji cili merah*

5 biji cili api*

1 sdb sos cili

1 sdb kicap

1 biji telur

2 pokok sayur sawi

sedikit minyak masak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar halus.

2. Panaskan minyak, tumis kisar hingga masak, 

    masukkan ayam.

3. Masukkan kicap dan sos cili dikacau lagi. Masukkan

    garam dan gulanya.

4. Masukkan mee bersama sayur kacau  hingga  

    bercampur. 

5. Akhir sekali pecahkan telur. Kacau  lagi hingga 

    mee serta sayur masak. Siap untuk dihidangkan.


2 ulasan:

  1. Saya pun kalau buat sarapan memang tak lari darinasi goreng, mee goreng, mee hoon goreng, kuey teow goreng hihihiiiii.

    BalasPadam
  2. Hehe.. nice! Mudah buatnya.. utk sarapan Cik TK pun biasa yg goreng2 ni, atau cucur atau apa2 yang jumpa mudah senang nak makan kat dapur tuuu

    BalasPadam