Isnin, 3 Ogos 2020

Juadah di Aidil Adha

Assalamualaikum...

Bersua lagi di kali ini, moga sahabat semua sihat-sihat selalu.

Sebagai hidangan juadah di Aidil Adha saya hanya masak nasi tomato beserta lauknya ayam masak merah serta acar timun je.


Untuk nasi tomatonya saya cuba dari resepi Yati memories. Memang sedap nasinya, dimakan saja pun dah terasa sedapnya. Apa lagi digandingkan pula dengan lauk ayam masak merah beserta acar timunnya.


Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
2 1/2 sdb sos tomato
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
hirisan daun bawang
kismis dan kacang peas untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan

Bahan tumis:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
rempah 4 sekawan
1 inci halia diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato (dibuang biji dan dicincang halus)

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak sapi salam kuali, 
   masukkan bahan tumis, halia, bawang 
   besar, bawang putih, daun pandan serta
   tomato. Masak hingga layu. 

2. Tambah sos tomato dan kacau rata.

3. Masukkan beras, gaul rata dan                 goreng sekejap.

4. Alihkan beras tadi ke dalam rice               cookermasukkan air, susu cair, kiub
   pati ayam, tambah garam secukup rasa. 
   Kacau sekejap dan tanak nasi seperti 
   biasa.

5. Bila nasi sudah masak, tabur                   kismis dan gemburkan dengan copstick.

6. Hidangkan bersama bawang goreng               serta kacang  peas.


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong dicuci bersih, diletak garam kunyit, digoreng
      separuh masak)
1 biji bawang holand
1 biji tomato (dibelah 6)
2 batang serai (dititik)
kacang peas
tomato puree

Bahan kisar:

5 biji cili merah 
5 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia 
4 biji buah keras 
cili kering 

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai.
   Kemudian masukkan bahan kisar. Goreng
   hingga masak dan keluar minyak.

2. Masukkan pula tomato, dikacau lagi.           Masukkan tomato puree.

3. Masukkan garam, gula serta perasa jika         suka.

4. Masukkan ayam, kacau hingga ayam benar-       benar masak. Akhir sekali masukkan
   kacang peas dan bawang holland.

5. Perlahankan api dan dikacau lagi hingga       masak. Siap untuk dihidangkan.



Resepi Acar Timun 

Bahan-bahan:

1 batang lobak merah (kupas kulit dan hiris seperti batang lidi)
1 batang timun (buang biji serta hiris seperti batang mancis)
cili merah (dibelah) 
cili hijau dibelah
halia (dimayang)
biji sawi secukupnya
cili blender
bawang merah
bawang putih
kunyit serbuk
cuka
gula
serbuk perasa
garam

Cara memasaknya:

1. Lobak merah serta timun digaul rata           dengan sedikit garam, kemudian toskan
   airnya.

2. Tumis bawang merah serta bawang putih         hingga garing masukkan cili kisar.
   Kacau dan biarkan hingga cili masak.

3. Masukkan gula, cuka, garam serta serbuk       perasa, masak hingga pekat.

4. Akhir sekali masukkan timun dan karot,         kacau selama lebih  kurang 2 minit.
   Kemudian angkat dan hidangkan.


1 ulasan:

  1. Sedap-sedap semuanya!
    Kombinasi menu yang mengancam selera! Cantik ayam masak merah tu.

    BalasPadam