Rabu, 8 Julai 2020

Ayam Masak Thai Yang Sedap


Assalamualaikum...

Bertemu lagi dikali ini, semoga pengunjung blog Diari Diela sihat-sihat selalu hendaknya.

Masak apa di tengahari ni utk lunch. Hari ni saya cuba resepi masakan dari blog Che Nom, ayam masak thai yang super sedap. Sebenarnya buntu juga fikiran nak masak apa dengan ayam, asyik2 masak kicap je.


Belek-belek kat internet terjumpa resepi ayam masak thai dari blog Che Nom, lihat bahannya pun mudah je, teruslah saya cuba. 

Terima kasih Che Nom resepinya, saya simpan resepinya disini pula.


Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak secukupnya utk menggoreng ayam
3 batang serai
7 helai daun limau purut
2 sdb sos cili
1 1/2 sdb sos tiram
sedikit gula melaka
garam secukupnya
1/2 biji bawang holland
1 biji limau nipis (diperah jusnya)

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
4 biji cili merah
8 biji cili api
sedikit air


Cara memasaknya:

1. Ayam digaul garam serta kunyit, kemudian
   digoreng separuh masak.

2. Panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan
   serai hingga naik baunya, kemudian 
   masukkan bahan kisar. Masak hingga keluar
   minyak.

3. Masukkan separuh daun limau purut yg
   dibuang tulang tengahnya. Masak hingga 
   keluar baunya.

4. Masukkan ayam, diikuti dengan sos cili, 
   sos tiram serta tambah sedikit air utk
   kuahnya.

5. Masukkan gula garamnya. Tambah bawang
   potong, kacau hingga bawang layu. Tabur 
   pula lebihan daun limau. Tutup apinya.

6. Setelah itu barulah diperah jus limau
   nipisnya. Siap untuk dihidangkan.


1 ulasan:

  1. Masakan Thai memang sedap-sedap belaka! Penuh rasa dan aromanya sentiasa menggoda selera!

    BalasPadam