Ahad, 21 Jun 2020
Kuih Apam Coklat
Assalamualaikum...
Selamat pagi... moga sahabat semua sihat selalu.
Sarapan pagi ni saya buat kuih apam coklat. Anak bongsu saya memang sangat suka kuih atau roti yang berperisa coklat. Kalau beli aiskrim juga yg menjadi pilihan mesti berperisa coklat.
Jadi saya buatkan apam coklat pula. Mula2 dianya jual mahal tak mahu makan. Tapi bila dah cuba, lepas satu satu diambilnya. Memang sedap kuih apam coklat ni.
Jom tengok resepinya...
Resepi Kuih Apam Coklat
Baha-bahan:
Bahan A (diayak)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sdt bikarbonate soda
Bahan B
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 sdt emulco coklat
1 sdt eseb vanila
2 biji telur
Cara memasaknya:
1. Panaskan air kukusan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.
3. Masukkan air panas, minyak, esen vanila
serta emulco coklat, pukul sebati.
4. Masukkan bahan A dan pukul lagi hingga
sebati.
5. Masukkan ke dalan acuan yg kecil-kecil.
8. Kukus selama 15 hingga 20 minit
menggunakan api besar.
9. Lapkan penutup kukusan setiap kali
masukkan adunan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan