Ahad, 29 September 2019

Ayam Masak Bali


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua...
Dah makan ke belum? Mungkin ada diantara teman2 yang sedang menjamu selera di tengahari ni.

Hari ni saya cuba resepi ayam masak bali. Saya masak sampai kering. Anak2 memang suka makan lauk yang tak berkuah. Jadi terasa macam sambal gitu, pedas2 dan terasa kicapnya.

Saya cuba dari resepi Che Mat Gebu, ternyata memang sedap. Terima kasih CMG resepinya, saya kongsikan disini pula.


Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam (dicuci bersih, masukkan 
   garam kunyit dan digoreng separu masak)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 batang serai, diketuk
3 tangkai daun kari, dilurut
2 camca besar cili kisar, kalau suka pedas boleh tambah lagi
3 camca besar kicap lemak manis
sedikit gula 
garam secukup rasa
1 cawan air

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sebesar hujung jari, belacan


Cara memasaknya:

1. Goreng ayam yang diperap tadi hingga
   masak, tak perlu sampai garing, angkat 
   dan ketepikan. Dalam kuali yang sama,
   keluarkan minyak lebihan goreng ayam tadi 
   dan tinggalkan anggaran 1/4 cawan. Tumis
   serai hingga kekuningan. Masukkan cili 
   kisar dan masak hingga cili garing, 
   kacau sentiasa.

2. Tambah daun kari dan bahan2 kisar halus,
   kacau dan masak hingga naik minyak.
   Masukkan kicap lemak manis dan gula, 
   kacau rata. Tambah ayam, gaul dan masukkan
   air. Kacau dan kecilkan api, masak hingga
   kuah pekat.

3. Rasa dulu, jika perlu baru dimasukkan 
   garam. Akhir sekali masukkan hirisan
   bawang besar, kacau rata dan masak hingga
   bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh 
   matikan api. 


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama lauk pauk lainnya.


Jemput2 Pisang Kelapa


Assalamualaikum...

Salam dihari minggu yang indah, moga sihat semuanya. Alhamdulillah... cuaca di petang hari ni sejuk je terasa, sbb baru je lepas hujan. Bila hujan turun, jerubu pun menghilang dari pandangan.

Biasa lah hujan-hujan ni perut pun jadi  lapar. Mulalah cari makan. Kebetulan ada pisang yg dah masak. Apalagi minum petang dengan cok kodok pisanglah... Kebetulan ada kelapa parut, jadi saya tambahkan je. Bila menggoreng wangi je bau kelapanya. Jom tengok resepi cok kodok saya.



Resepi jemput2 Pisang

Bahan-bahan:

1 sikat pisang masak
segenggam kelapa parut
tepung beras
sedikit gula
secubit garam
minyak untuk menggoreng


Cara memasaknya:

1. Pisang dilenyek, kemudian dicampur dengan
   kelapa parut, tepung beras, gula dan 
   sedikit garam. Gaul hingga bercampur.

2. Panaskan minyak, jemput2lah adunan pisang
   tadi, masukkan kedalam minyak panas. 
   Goreng hingga kekuningan. Angkat dan
   toskan minyaknya.

3. Siap untuk dihidangkan.


Sesuai dimakan ketika sarapan atau minum petang. Sedap dimakan bersama kopi O atau teh O panas.


Jumaat, 27 September 2019

Sayur Petola


Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman2 semua berbahagia selalu di hujung minggu ini.

Dihujung minggu biasanya ahli kaum keluarga berkumpul, jadi sudah tentunya ibu2 yang paling sibuk menyiapkan pelbagai juadah untuk santapan sekeluarga. Bagi saya hari hari minggu dan hari biasa sama sahaja. Tiap hari masak, kadang2 kehabisan idea nak masak apa.

Kebetulan hari ni ada sayur petola, jadi saya masak sayur bening petola. Digandingkan pula dengan sambal budu serta ikan goreng... memang sedap.



Resepi Sayur Petola

Bahan-bahan:

1 batang sayur petola
sedikit ikan bilis
fucuk (direndam biar lembut)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang cili merah (dihiris)
garam dan gula


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang
   merah serta bawang putih hingga layu,
   masukkan ikan bilis.

2. Masukkan sayur petola, biarkan sehingga 
   ia layu. Masukkan juga fucuk dan juga air
   untuk kuahnya.

3. Bila mendidih masukkan garam, gula serta
   serbuk perasa jika suka. akhir sekali 
   masukkan cili yang dihiris. Rasakan, jika
   dah secukup rasa bolehlah diangkat.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Isnin, 23 September 2019

Kuih Apam Nasi


Assalamualaikum...

Salam dipagi Selasa yang indah... moga semua sahabat saya sihat berbahagia selalu dipagi ini.

Curi masa sedikit dipagi ini update my blog yang agak terbiar tak berapdate. 

Sekali sekala teringin juga nak makan kuih, jadi saya buatlah kuih apam nasi. Memandangkan ada sedikit nasi lebihan semalam yang masih berbaki.



Kali ni saya gunakan sedikit pewarna pink dicampur dengan warna yang asli. Rasanya memang tetap sedap bila dimakan bersama kelapa parut digaul dengan secubit garam. Kuih apam taklah manis sangat, rasa manisnya sedang-sedang je.



 Kalau ada yang nak tahu resepinya boleh tengok kat sini, sebab saya dah pernah buat sebelum ini.


Jumaat, 20 September 2019

Kerabu Timun


 Assalamualaikum...

Selamat petang... serta salam Jumaat pengunjung blog Diari Diela, semoga sihat sejahtera hendaknya.

Dimusim jerubu ni... kurangkanlah beraktiviti diluar rumah kerana udara diluar tidak begitu sihat dan ia mungkin juga akan menjejaskan kesihatan kita. Dan kita juga dinasihatkan supaya meminum banyak air.

Berbalik pula cerita masak memasak, kebetulan ada dua batang timun. Biasanya saya hanya buat ulam dimakan bersama sambal belacan je, tapi kali ni saya buatkan kerabu timun pula.

Memang sedap. Kalau tak nak makan dengan  nasi, boleh juga diratah begitu saja.




Resepi Kerabu Timun 

Bahan-bahan:

2 batang timun jepun (diparut)
1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 batang serai (dihiris halus)
1 biji cili merah
1 biji limau nipis
sedikit udang kepal (digoreng tanpa minyak)
2 sdb kacang tanah kisar
garam dan gula secukup rasa




Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan-bahan, gaul 
   sehingga rata.

2. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas bersama lauk pauk lainnya.

Selasa, 3 September 2019

Cerita Balik Kampung


Assalamualaikum...

Selamat malam semua... moga sihat selalu.
Besok start peperiksaan UPSR, jadi selamat menjawab peperiksaan bagi adik2 yg menduduki peperiksaan, semoga dapat menjawab peperiksaan dengan tenang.

Saya baru sahaja sampai dari kampung, sempat juga saya pulang menjenguk ibu ayah dikampung sempena hari merdeka sambil ,menjenguk anak-anak yg bersekolah disana.



Kat kampung saya tiada apa yang istimewa sangat, tapi namanya negeri jelapang padi, sudah semestinya pokok padi yang tumbuh menghijau memberi sedikit ketenangan bila dapat melihatnya. Kalau dipandang dari jauh kelihatan seperti padang rumput yang menghijau.



Ini pula daun sirih hasil tanaman emak yang begitu subur. Selalunya jiran2 yang suka makan sirih pinang selalu datang ambil.




Kalau diikutkan kampung saya ni adalah kawasan yg selalu ditenggelami banjir. Dalam setahun tu kadang2 dua atau tiga kali banjir jika musim hujan. Jadi pokok2 yg ditanam pun agak terbatas juga. Hanya pokok mempelam, pisang, kelapa yg boleh ditanam. Kalau pokok
lain seperti rambutan, cempedak, durian, manggis dan buah2 lain memang tak boleh ditanam.




Sudah semestinya pokok kelapa yang bisa tumbuh dimana-mana. Kalau nak masak menggunakan santan memang tak pernah beli kelapa. Dan yang bestnya dapat minum air kelapa muda yg fresh.



Ini pula pokok daun kesum memang tumbuh subur. Kalau nak masak laksa atau asam pedas tinggal petik je... Itulah bestnya tinggal dikampung.



Sibuknya si kecik ni suruh ambik pic dia.



Selit juga photo kenangan disini, balik dari kenduri di kampung emak saya, kampung Majapahit, Pendang.