Jumaat, 2 Ogos 2019

Ayam Rendang Cili Api


     Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang mulia, semoga semua sahabat beroleh keberkatan.

Terpikir-pikir nak masak apa tengahari ni,  cuma ada ayam. Lihat dalam peti ais, semua bahan ada cuma daun kunyit je yang tak ada. Jadi saya masaklah  guna bahan apa yg ada saja. Maka jadi lah ayam redang cili api  hari ni. Bolehlah dimakan bersama nasi.


Resepi Ayam Rendang Cili Api

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
santan secukupnya
kerisik 
gula serta garam
sedikit minyak utk menumis

Bahan kisar:

4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup


Cara memasaknya:

1. Blender bahan-bahan kisar hingghalus.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan
   kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan
   dibiarkan sehingga mendidih .

3. Masukkan kerisik, santan, gula garam serta
   daun kunyit. Masak hingga kuahnya agak 
   kering.

4. Perasakan garam, bila dah secukup rasa
   barulah diangkat.



Boleh dimakan bersama ketupat atau pulut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan