Ahad, 5 Ogos 2018
Rendang Udang
Assalamualaikum...
Selamat petang...
semoga semuanya ceria2 selalu di hujung minggu ini.
Hari ni teringin pula nak makan rendang udang. Udang yg kelmarin beli masih lagi berbaki setengahnya. Jadi, saya cubalah masak rendang udang Masak My Style, oleh Amy Tashiana. Memang sedap... apalagi dimakan bersama nasi panas-panas.
Resepi rendang udang
Bahan-bahan:
1/2 kilo udang
cili blender
2 inci kunyit hidup*
2 inci lengkuas*
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 batang serai (dititik)
sedikit kerisik
santan secukupnya
daun kunyit serta daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar,
kemudian masukkan cili kisar. Biarkan
sehingga berminyak.
2. Masukkan santan, kemudian kerisik, biarkan
sehingga mendidih.
3. masukkan udang, kemudian perasakan dgn
garam dan gula. Akhir sekali masukkan daun
limau dan daun kunyit yang dipotong kasar.
4. Bila dah secukup rasa barulah diangkat.
Tips: Jangan masak udang terlalu lama, nanti udangnya akan mengecut, dagingnya akan menjadi keras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan