Isnin, 25 Jun 2018

Popia Nestum


        Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...

Semoga teman2 semua sihat dan berbahagia selalu. Pagi ni saya entrikan mengenai popiah nestum, kudapan yang paling laris dan paling senang utk disediakan. Sekali hadap je... mau habis satu balang. Sedap dan rangup. Anak-anak lah yang paling suka kudapan ini. Saya dapatkan resepinya dari FB, dah tak taulah siapa yang empunya resepi. 

Terima kasih kepada penyumbang resepi ni... Jom tengok resepinya.



Resepi Popiah Nestum

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popiah
1 1/2 cawan nestum*
1/2 cawan susu tepung* @ serbuk horlicks       (saya campurkan susu tepung dgn serbuk
  horlicks)
1/2 cawan gula*
minyak secukupnya untuk menggoreng



Cara membuatnya:

1. Ambil sekeping kulit popiah, potong empat
   persegi kecil2. Buatkan sehingga habis.

2. Panaskan minyak, goreng kulit popiah 
   sehingga garing, angkat dan toskan.

3. Bahan yang bertanda * di kisar halus.

4. Popiah yang siap digoreng, digaulkan 
   dengan bahan yang dikisar.

5. Sejukkan dahulu, sebelum dimasukkan 
   ke dalam bekas kedap udara.


Kulit popiah ini juga selain boleh dipotong terus, juga boleh digulung kecil2 dengan menggunakan chopstick, kemudian gunting secara menyerong.


Khamis, 21 Jun 2018

Terung Bercili


          Assalamualaikum...

   Selamat petang sahabat semua, semoga sihat2 sahaja hari ini. 

   Mungkin ada diantara kalian dah mula bekerja dan ada juga yang masih bercuti atau masih lagi berhari raya. Hari ni adalah hari yg ke 7 Syawal. apa-apa pun semoga kita semua berbahagia selalu.

   Hari ni saya nak entrikan mengenai masakan terung bercili. Memang terung bercili ni menjadi kesukaan saya dan anak-anak. lauk yg selalu menjadi pilihan. Jom tengok resepinya...



Resepi Terung Bercili

Bahan-bahan:

terung (ikut banyak mana yg perlu)
2 batang cili besar*
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
sejemput ikan bilis*
1 keping asam gelugur
minyak utk menumis dan menggoreng
gula dan garam secukup rasa



Cara memasaknya:

1. Terung dibelah dua, kemudian di goreng

   separuh masak, angkat dan toskan. 
   Ketepikan.

2. Bahan yang bertanda * dikisar halus.


3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar

   tadi, masukkan asam keping. Kemudian
   masak hingga kering dan terbit minyak.

4. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk 

   perasa jika suka secukup rasa.

5. Angkat dan tuangkan ke atas terung yg

   digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.


Sabtu, 16 Jun 2018

Biskut Sarang Semut


         Assalamualaikum...

  Selamat pagi sahabat semua...

     Hari ni adalah hari raya ketiga. Masih ramai lagi di antara sahabat yang masih beraya di kampung. Apa pun jua semoga teman-teman semua happy selalu.

     Kali ini saya entrikan mengenai biskut sarang semut. Sebenarnya ini entri tertunggak. Biskut ni saya buat sebelum hari raya baru2 ni... Jom tengok resepinya.


Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan:
250 gm butter
100 gm gula halus
250 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm tepung kastad
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
coklat rice/manik 
paper cup


Cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila,
   gaul hingga rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, 
   gaul lagi.
4. Uli bahan dan biarkan 10 minit.
5. Parutkan adunan dan sudukan ke dalam 
   paper cup.
6. Taburkan coklat rice, bakar dlm oven 
   dgn suhu 175'C hingga masak lebih kurang
   10 minit. (ikut oven masing2)
7. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.


     Saya dapatkan resepi ini dari FB, dah tak tahu dari siapa sumbernya. Tapi biskutnya memang sedap.


Jumaat, 15 Jun 2018

Salam Aidil Fitri 2018 H / 1439 H

Assalamualaikum...

Selamat malam semua... semoga sihat sejahtera semuanya.

   Alhamdulillah hari ni 1 Syawal, seluruh umat islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Tahun kami sekeluarga berhari raya di Shah alam dan akan pulang ke kampung selepas hari raya.




Jadi kami sekeluarga berhari raya  di rumah emak saudara my hubby.


   Saya beserta keluarga juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir bathin sekiranya selama saya berblog ini ada terkeluar kata-kata yang tidak menyenangkan hati teman-teman semua.


Gambar kenangan sekeluarga bersama mak Sue, emak saudara sebelah suami.


Photo kenangan anak-anak.  


Photo kenangan bersama sepupu my hubby.


      Mudah-mudahan ramadhan kali ini memberi seribu kebaikkan dan makna buat kita semua, insyaallah jika umur panjang dapat lagi kita berjumpa di ramadhan akan datang.


Selasa, 12 Jun 2018

Biskut Samperit


      Assalamualaikum...

     Selamat pagi semua... Mudah-mudahan teman2 semua berbahagia selalu hendaknya. 

     Hari ni dah masuk 28 hari kita berpuasa. Hanya 2 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Cepatnya masa berlalu. Mudah2an ramadahan kali ini kita manfaatkan dengan amal ibadah yang semaksimalnya.

     Kali ini saya entrikan mengenai biskut samprit yang saya cuba resepinya. Saya terjumpa kat FB. Sumbernya dari Siti Hajar Hashim. Biskutnya memang sedap dan gebu je rasanya. Apa2 pun jom tengok resepinya...


Resepi Biskut Semperit 

Bahan2 :

400 gm butter 
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising 
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut)




Cara2 membuatnya:

1. Kacau butter,gula,telur, dan esen vanilla
   kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 dan
   uli hingga jadi doh. 
3. Terap menggunakan acuan semperit,dan hias
   dgn ceri merah. 
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 175'c api atas
   bawah selama 15-20minit.


Nota: 
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan 
   kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung
   kastard bewarna pudar, sy syorkan tepung
   kastard jenama nona @ bird custard. 
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas
   bakar, letakkan aduan yg sudah diterap
   di bawah kipas biar terkena angin selama
   15 minit.

Selasa, 5 Jun 2018

Biskut Cornflakes Madu


          Assalamualaikum...

      Bersua lagi di entri kali ini. Sekarang ni dah masuk 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Suasana lebaran pun semakin terasa. Di radio pun dah berkumandang lagu2 raya.

      Jadi saya pun tak ketinggalan membuat persiapan raya juga. Hari ni saya buat kuih cornflakes madu. Kuih ni memang feberat anak2 saya.



Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan:

Bahan A
125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

500 gm cornflakes

cawan kertas
ceri merah/ hijau dipotong kecil2

                 

Caranya:

1. Panaskan bahan A hingga butter cair.
   Setelah cair, masukkan cornflakes dan 
   gaul rata.

2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas.

3. Hiaskan dengan cerimerah dan hijau.

4. Bakar dalam oven yang dipanaskan suhu
   170'C selama 8-10 minit.

5. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas 
   kedap udara.




Sabtu, 2 Jun 2018

Udang Goreng Cili


         Assalamualaikum...

   Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, semoga anda semua ceria-ceria selalu bersama keluarga.

   Hari ini nak cerita mengenai masakan semalam. Pening juga dok pikir nak masak apa dengan udang. Biasanya asyik masak kari, masak lemak, goreng kunyit. Boring juga. Biasanya ikan masak goreng cili, tapi kali ni saya masak udang goreng cili pulak. Kebetulan ada isi petai, maka saya letaklah isi petainya.



Resepi Udang Goreng Cili

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang(dibersihkan dan letak sedikit garam kunyit)
sedikit isi petai
1 keping asam gelugur
sedikit minyak masak
garam

Bahan kisar:

2 biji cili merah
10 biji cili api
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
sedikit belacan



Cara memasak:

1. Goreng udang yang sudah diletak garam
   kunyit dgn sedikit minyak. Angkat dan
   ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan
   kisar. Masukkan asam keping. Biarkan
   sehingga cili masak dan berminyak.

3. Masukkan garam serta sedikit gula.
   Masukkan udang tadi dan juga petai. Kacau 
   sebentar, kemudian angkat utk dihidangkan



Sedap dimakan bersama nasi panas2.