Khamis, 26 April 2018
Goreng Cili Tempe, Ikan Bilis serta Kentang
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Moga semuanya sihat2 sahaja diketika ini. Hari ini update mengenai lauk kegemaran anak-anak iaitu goreng cili tempe, ikan bilis serta kentang. Lauk ni memang selalunya menjadi pilihan terutama anak bujang saya. Kalau lama tak masak sambal ni mesti dia akan tanya.
Jadi sekali sekala saya akan masak sambal ni. Jom tengok resepinya.
Resepi goreng cili ikan bilis, tempe, kentang
Bahan-bahan:
segenggam ikan bilis
1 bungkus tempe (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
cili api
cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian
goreng kentang yg telah dipotong dadu.
Tempe juga digoreng.
2. Bawang besar, cili merah, cili api, serta
bawang putih diblender dengan sedikit air
hingga halus.
3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar dengan
sedikit minyak. Masukkan sedikit belacan
serta asam keping. Biarkan cili masak
sehingga berminyak.
4. Kemudian masukkan gula serta garam secukup
rasa. Apabila sudah secukup rasa,
tutupkan api.
5. Biarkan cili sedikit sejuk baru masukkan
bahan yang digoreng tadi supaya
mengelakkan ikan bilis menjadi liat.
Gaulkan supaya bercampur. Barulah
dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan