Jumaat, 22 September 2017
Masak Singgang Ikan Tenggiri
Assalamualaikum... selamat tengahari. Bersua lagi di entri kali ini.
Alhamdulillah... hari ni dapat rezeki yang tak disangka2, ikan tenggiri pemberian dari adik ipar saya. Dah lama tak masak sayur ikan, asyik masak ayam je... biasa ayam memang kegemaran anak-anak. Kalau ayam masak apa pun mesti habis.
Hari ni saya masak sayur singgang ikan tenggiri. Makan nasi bersama ikan goreng serta ulam-ulaman, huhh...memang sodap.
Senang je masak sayur singgang ni... main campak2 je dah siap. Jom tengok resepinya...
Resepi Sayur Singgang Ikan Tenggiri
Bahan-bahan:
4 ketul ikan tenggiri
1/2 biji bawang besar(dihiris)
2 ulas bawang putih(dibelah)
kacang bendi
2 keping asam gelugur
cili api
1 batang serai
1 inci lengkuas
garam dan perasa jika suka
Cara memasaknya:
1. Ikan dibersihkan dan dibasuh dengan
sedikit garam dan asam jawa.
2. Masukkan dalam periuk, kemudian masukkan
air secukupnya.
3. Masukkan bawang, lengkuas, asam gelugur,
serai, bendi serta cili api. Masak di
atas api hingga mendidih.
4. Bila sudah mendidih masukkan garam serta
perasa secukupnya. Bila sudah masak
barulah diangkat dan dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Menu yg sangat sesuai untuk org yg sedang diet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan