Jumaat, 22 September 2017
Masak Singgang Ikan Tenggiri
Assalamualaikum... selamat tengahari. Bersua lagi di entri kali ini.
Alhamdulillah... hari ni dapat rezeki yang tak disangka2, ikan tenggiri pemberian dari adik ipar saya. Dah lama tak masak sayur ikan, asyik masak ayam je... biasa ayam memang kegemaran anak-anak. Kalau ayam masak apa pun mesti habis.
Hari ni saya masak sayur singgang ikan tenggiri. Makan nasi bersama ikan goreng serta ulam-ulaman, huhh...memang sodap.
Senang je masak sayur singgang ni... main campak2 je dah siap. Jom tengok resepinya...
Resepi Sayur Singgang Ikan Tenggiri
Bahan-bahan:
4 ketul ikan tenggiri
1/2 biji bawang besar(dihiris)
2 ulas bawang putih(dibelah)
kacang bendi
2 keping asam gelugur
cili api
1 batang serai
1 inci lengkuas
garam dan perasa jika suka
Cara memasaknya:
1. Ikan dibersihkan dan dibasuh dengan
sedikit garam dan asam jawa.
2. Masukkan dalam periuk, kemudian masukkan
air secukupnya.
3. Masukkan bawang, lengkuas, asam gelugur,
serai, bendi serta cili api. Masak di
atas api hingga mendidih.
4. Bila sudah mendidih masukkan garam serta
perasa secukupnya. Bila sudah masak
barulah diangkat dan dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Menu yg sangat sesuai untuk org yg sedang diet.
Kuih Apam Gula Hangus
Assalamualaikum...
Apa khabar semua... Tentu sihat agaknya. Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada kawan2 semua sempena hari ini bertarikh 1 Muharam. Semoga kita semua bertekad akan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan semoga negara kita sentiasa berada dlm rahmat serta lindunganNya selalu. Insya Allah...
Dah lama tak buat kuih. Kali ini saya teringin nak mencuba resepi kuih apam karamel yang terdapat dalam facebook. Jom tengok resepinya.
Resepi Kuih Apam Gula Hangus
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
* Cairkan gula dalam kuali, api slow, bila gula bertukar warna agak perang, masukkan air panas perlahan-lahan dan gaul rata. kemudian sejukkan.
11/2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonate
2 biji telur*
1/2 cawan minyak masak*
2 sdb mentega / butter*
2 sdb susu pekat manis*
Cara membuatnya:
1. Mixer bahan2 yg bertanda * selama 5 minit,
masukkan gula hangus, mixer hingga sebati
kemudian masukkan tepung dan soda
bikarbonate, mixer hingga betul2 sebati.
2. Panaskan periuk kukus,pastikan air dalam
periuk betul2 mendidih. kemudian kukuslah
apam tadi. Kalau guna acuan kecil kukus
selama 15 minit. Jika guna acuan besar,
kukus selama 30 minit.
Pastikan:
* Acuan disapu dulu dengan minyak terlebih
dahulu.
* Kukus dengan api kuat.
* Penuhkan adunan dalam acuan supaya
kembangnya cantik.
* Guna acuan apa2 pun boleh, guna loyan 4 persegi pun boleh, jika mau potong pastikan kuih betul2 sejuk.
Ternyata kuih apam gula hangus ni memang sedap. Sukanya tengok anak2 saya makan. Katanya mereka sedap, lepas ni bolehlah dibuat lagi.
Ahad, 10 September 2017
Menghadiri Kelas Talam Part 1
Assalamualaikum teman-teman semua... semoga anda semua sihat2 hendaknya walaupun di mana anda berada.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada adik2 atau anak2 kepada kawan-kawan blogger, semoga mereka dapat menjawab peperiksaan dgn tenang dan dapat memperoleh keputusan yg cemerlang dlm pelajaran.
Alhamdulillah... kelmarin saya rasa seronok sangat kerana dapat menghadiri kelas talam Cikgu Noriwati.
Banyak ilmu dan tips2 yang dapat dipelajari dari cikgu tersebut.
Lihat tu... macam-macam warna kuih talam ada. Antaranya kuih talam seri muka, talam lapis, kuih talam jagung, kuih talam suji, kuih talam cendol dan kuih talam keladi.
Untung kalau belajar dengan guru, segala kemusykilan dapat dirujuk. Segala apa yang kita tidak tahu dapat ditanya dengan guru.
Terima kasih banyak kepada Cikgu Noriwati kerana sudi mengajar kami tentang ilmu talam-menalam ini, mudah2an ilmu yg dipelajari akan memberi manfaat kepada kami.