Jumaat, 30 Jun 2017

Salam Aidil Fitri 2017 M / 1438 H


        Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi dikali ini, didoakan kepada semua teman2 blogger semua supaya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

    
     Sempena kita masih lagi berada dalam bulan syawal ini saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI mohon maaf zahir bathin atas segala salah silap dan terkasar bahasa.

      Bulan Ramadhan bulan mulia,
      Disambut dengan penuh gembira,
      Kini Syawal menjelma tiba,
      Tangan ku hulur maaf dipinta.




   Semoga lebaran kali ini memberi seribu makna buat kita semua.


Ahad, 18 Jun 2017

Rendang Ayam


    Assalamualaikum wrh... wbr...

       Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 24 hari ini, semoga segala ibadah kita akan diterima Allah Swt...

       Hari ini saya nak kongsikan masakan mengenai rendang ayam. Lama tak masak rendang. Kebetulan ada saudara yang berikan sedikit ketupat, jadi saya buatkan rendang ayam untuk dimakan bersama ketupat palas.


Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong)
cili giling (ikut kepedasan)
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
sedikit kerisik 
santan secukupnya
garam dan parasa 


Cara memasaknya:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai,
   lengkuas, halia hingga halus.
2. Masukkan ayam, bahan kisar, cili kisar
   kedalam periuk, masukkan pula santan dan
   kerisik. Masak diatas api hingga mendidih.
3. Masukkan pula daun kunyit, masak lagi
   hingga ayam lembut. Kemudian pula perasakan
   dengan garam serta sedikit perasa. Bila dah
   masak, barulah diangkat.


Sedap dimakan bersama ketupat palas.


Khamis, 15 Jun 2017

Sagu Gula Melaka


       Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi dientri kali... dah lama juga blog saya ni tak berupdate. Biasalah macam2 kesibukan sejak akhir-akhir ni...

     Kali ini saya entrikan mengenai sagu gula merah. Segar je terasa... jika dimakan ketika bulan puasa ni.



Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan A :
1 cawan sagu 
3 cawan air
pewarna kesukaan
1 helai daun pandan

Cara memasaknya:
Didihkan air bersama daun pandan, masukkan sagu. Kacau sehingga sagu menjadi kembang
dan berwarna jernih. Masukkan benerapa titik pewarna, kacau rata. Angkat dan sejukkan dalam acuan atau loyang.



Bahan B:

1 buku gula melaka
2 sdb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Didihkan semua bahan di atas hingga gula larut. angkat dan sejukkan.



Bahan C:

1 tin susu cair
secubit garam

Masah sekejap di atas api yg sederhana, masukkan garam. Angkat dan sejukkan.

Cara menghidang:
Sendukkan sagu, curahkan gula melaka dan susu cair. Letak ais batu untuk rasa sejuk dan nyaman.