Jumaat, 25 Mac 2016
Kuih Apam Pisang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam sejahtera teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.
Sarapan pagi ni saya buat kuih apam pisang. Memandangkan pisang kulitnya pun dah berwarna kehitam-hitaman, daripada dibuang nanti lebih baik saya buatkan kuih sahaja. Resepinya saya cuba dariresepi Fiza LGK. Memang sedap dan gebu kuih apamnya, apa lagi dimakan dengan kelapa parut. Sedap.... sangat.
Izinkan saya letakkan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.
Resepi kuih Apam Pisang
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan
boleh diganti dengan minyak masak) -saya
guna 100 ml minyak masak
4 biji telur
1 sdt baking powder
1 sdt baking soda
1 cawan gula
secubit garam
kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara membutnya:
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder,
ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan
baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega
cair @ minyak. Kemudian masukkan pisang
lecek dan gaul rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedkit. Gaul
rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang
atau acuan yang disukai yg telah disapu
dengan sedikit mentega/minyak.
5. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang
sederhana.
nota : Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih
dahulu dan tutup kukusan perlu
dibungkus dengan kain supaya wap air
tidak jatuh ke atas permukaan kuih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan