Assalamualaikum wrh.... wbr....
Bersua lagi di entri kali ini, tentunya semua teman-teman berbahagia selalu di ketika ini. Kali ini saya entrikan mengenai kek minyak yang begitu famous di kalangan pemilik blog teman masak-memasak. Sebenarnya saya ni kalau bab baking-membaking memang outlah, kadang-kadang buat kek memang susah sangat nak menjadi.
Oleh kerana teringin sangat nak merasa keenakan kek minyak ini, maka saya menggagahkan diri untuk mencuba membuatnya juga. Ternyata keknya memang sedap,gebu dan lembut.Tetapi saya rasa memang banyak kelemahan dan kekurangannya. Perlu pelajari lagi selok belok cara membaut kek yang betul.
Kali ini saya mencuba dari resepi Puan Azlita dari blog Masam Manis. Terima kasih di atas perkongsian resepinya ini. izinkan saya copykan resepinya di sini untuk rujukan saya nanti.
Resepi Kek Minyak
Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 cawan susu pekat
1sdb ovallete
1 cawan minyak masak
perasa nenas @ pisang (saya letak rasa oren)
1 sdt esen vanilla
pewarna yang disukai
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung dan baking powder,
kemudian diayak, ketepikan.
2. Dalam mesin pemutar, pukul telur bersama
gula dan ovallete hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan
pukul sebati.
4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil
dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk
adunan bergaul rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang
telah diayak. Kaup balik adunan dengan
spatula hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 @ 4 bahagian.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas,
gaul rata.
7. Sediakan loyang 8 inci, lapikkan dasar
loyang dengan kertas minyak dan sapukan
butter.
8. Tuangkan adunan berselang seli warna
secara lingkaran hingga habis.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan
15 minit awalnya. Suhunya 170C selama 45
hingga 60 minit mengikut kepanasan oven
masing-masing.
10. Selepas 45 minit, cucuk dengan lidi,
Jika masih basah tutupkan dengan
aluminium foil dan teruskan membakar
hingga kek masak.
11. Keluarkan daripada oven dan sejukkan
dahulu sebelum dipotong untuk
dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan