Assalamualaikum wrh.... wbr....
Masih belum terlambat lagi, untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan bathin kepada teman-teman blogger semua. Bagaimana sambutan hari raya teman-teman semua? Pasti seronok, dapat berkumpul dengan ayah ibu, adik-beradik, saudara-mara serta teman-teman semua.
Alhamdulillah, saya juga bersyukur kerana kali ini berkesempatan beraya di kampung bersama ibubapa serta adik beradik beserta anak-anak saudara. Memang riuh-rendahlah di rumah emak dengan keletah anak-anak saudara. Sebelum ini ibu dan bapa hanya tinggal berdua sahaja.
Kali ini saya sempat juga solat Aidil Fitri di Masjid Tanah Merah, Pendang, kampung kelahiran saya. Bila petang je masing-masing mengajak jalan-jalan ke rumah saudara mara yang berdekatan. Layanlah photo yang sempat di snap ketika beraya di rumah sedara-mara.
Beraya di rumah bapa saudara.
Ini ketika beraya di rumah bapa
saudara di Sungai
Petani, Kedah.
saudara di Sungai
Petani, Kedah.
Photo ini pula ketika beraya di rumah
abang ipar di Batu Kurau,
Perak.
Ini pula bergambar bersama adik
serta sepupu dihadapan rumah
di kampung.
Anak-anak bergambar ketika beraya
di rumah bapa angkat di Inabah, Kuala Nerang, Kedah.
Selamat hari raya
BalasPadamKemeriahan lebih terasa bila di kg bersama sanak saudara
Bt kurau tu dkt dah dgn kg akak
Selamat hari raya juga dari saya.... Mama Sara Nur. Kg akak kat mana? Kg suami saya tu, kat batu 14, Ustaz Mohd Rosli bin Muhammad Ramli. Entah-entah akak pun kenal agaknya.
Padam