Ahad, 10 Ogos 2014

Majlis Akad Nikah Anak Saudara


     Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Sekarang ini ramai diantara kita yang menghadiri rumah terbuka di rumah teman-teman atau saudara mara. Dan ada juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri walimatul urus.
      Begitu juga abang ipar saya akan mengadakan pernikahan anak lelakinya Mohd Naim bin Mohd. Rais bersama Siti Khairani pada hari Ahad depan. Hari ini adalah hari pernikahan serta kenduri di sebelah pihak perempuan. Jadi saya dan suami, serta saudara mara berarak mengiringi pengantin lelaki ke majlis akad nikah serta kenduri tersebut di rumah pengantin perempuan. Majlis akad nikah dipihak perempuan diadakan di masjid Al Azim, Melaka. Layanlah serba sedikit gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut.




Saudara mara sebelah pengantin lelaki.


Pengantin perempuan.


Kedua orang tua pengantin lelaki dan pengantin perempuan.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja mereka sah bergelar suami isteri.


Penyerahan wang hantaran dari pengantin lelaki kepada isterinya.


Pengantin lelaki menyarung cincin dijari pengantin perempuan.


Acara membatalkan air sembahyang.



Pengantin bergambar bersama kedua-dua ibubapa pengantin.


Pengantin bergambar bersama ahli keluarga pengantin lelaki.

  
Kita juga mengambil kesempatan bergambar bersama pasangan pengantin.


1 ulasan:

  1. cuti-cuti ni ramai yang ada, elok la buat majlis. boleh kumpul dan rai sama-sama.. ambil cuti sekali harung untuk raya :D..

    update segmen watermark:

    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/20-watermark-portfolio-segmen-saya-nak.html?showComment=1407407058035#c8469044059211920519

    BalasPadam