Assalamualaikum wrh wbr....
Teman-teman sekalian, hanya tinggal 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Saya kira mungkin ada di antara teman-teman yang masih lagi membuat persiapan terakhir bagi menyambut lebaran nanti.
Kali ini saya membuat biskut dahlia atau biskut samperit bunga. Masih lagi mencuba dari resepi Che Mat Gebu kerana biskutnya memang sangat sedap.
Bahan-bahan:
300 gm mentega
160 gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanila / esen rose
240 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160 gm tepung kastad
ceri merah dipotong kecil untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Putar mentega dan gula ising hingga
berkrim. Masukkan kuning telur dan
esen vanila dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung
sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan
akan menjadi doh yang lembut dan mudah
ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang
dipasang muncung untuk biskut dahlia.
Tekan atas dulang pembakar. Buatkn
hingga siap dan hiaskan dengan ceri yang
dipotong kecil-kecil.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
terlebih dahulu dengan suhu 175 C selama
5 - 20 minit.
5. Apabila biskut dah sejuk, baru masukkan
ke dalam bekas kedap udara.
nnpk sedap jer tu...
BalasPadamsaya beli jer kuih tu...nnt nk try jugak buat sendiri..