Selasa, 9 Julai 2013
Marhaban Ya Ramadhan
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam penuh keceriaan di bulan yang penuh keberkatan ini yaitu bulan Ramadhan Al Mubarok 2013 bersamaan 1434 Hijrah.
Berpuasa adalah rukun Islam yang ke tiga yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam sebagaimana yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa".
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada teman-teman blogger semua serta saudara mara yang mengenali diri ini. Semoga Ramadhan kali ini akan penuh bererti buat kita semua. Mudah-mudahan kita akan dapat merasai kenikmatannya hingga jauh ke lubuk hati kita yang paling sunyi dan dalam.
Inilah niat puasa serta doa ketika berbuka puasa untuk dijadikan sebagai amalan kita ketika berada di bulan Ramadhan.
Selain itu juga kita digalakkan melaksanakan solat sunat tarawih serta melakukan ibadah-ibadah lainnya seperti solat sunat tahajud, tadarus Al-quran serta amalan-amalan yang lainnya kerana Allah akan melipat gandakan segala amalan kita ketika di bulan Ramadhan ini. Semaga segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt.... Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan