Isnin, 17 Disember 2012
Padprik Ayam
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam mesra untuk semua, moga ceria-ceria selalu. Hari ini saya masak ayam padprik untuk makan tengahari. Terfikir-fikir juga nak masak apa hari ini, ayam masih ada lagi dalam simpanan. So, saya masak padprik ayam lah untuk hari ini. Lihatlah resepinya....
Resepi Padprik Ayam
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam (dipotong kecil-kecil)
sedikit kacang buncis / kacang panjang
1 batang karot
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
5 biji cili api (diketuk)
3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang serai dihiris kasar
1 biji tomato (dibelah 4)
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam serta gula
minyak secukupnya untuk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang
putih, halia serta serai.
2. Kemudian masukkan ayam, bila ayam
dah agak-agak masak, masukkan karot,
kacang buncis, sos cili, dan sos tiram.
3. Kacau beberapa saat, kemudian masukkan
bawang besar, cili api daun limau purut
serta garam.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasakan
ia. Jika sudah cukup rasa, bolehlah di
angkat untuk dihidangkan.
Salaam Fadzillah.
BalasPadamSedapnya padprik. Dah lama tak masak lauk ni..
Waalaikumsalam.... Mama Fami.
PadamSekali sekala masak lauk padprik ayam.... memang sedap. Dimakan pula dgn nasi hangat bersama goreng telur. Tak cukup dua pinggan nasi... nampaknya.