Isnin, 1 Oktober 2012
Khasiat Bawang Putih
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ceria untuk semua. Kali ini saya ingin mencatatkan tentang khasiat bawang putih pula. Biasanya bawang putih ni, kita hanya tahu menggunakannya di dalam masakan sahaja. Apa salahnya kita mengetahui tentang khasiatnya pula.
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum adalah bahan asas yang sangat diperlukan di dalam masakan . Tanpa bawang putih, mungkin masakan kita tidak menjadi begitu sedap. Bawang putih juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan ianya boleh dimakan mentah. Bawang ini mengandungi sulfur, sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.
Inilah khasiat atau kebaikan bawang putih:
1. Mengurangkan risiko stroke
Bawang putih merangsang nitric oxide pada
dinding saluran. Ini akan membantu saluran
darah untuk mengembang dan seterusnya
mengawal tekanan darah dengan baik bagi
mengelakkan risiko darah tinggi dan stroke.
2. Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan bahan anti oksidan seperti
selenium yang membantu mengurangkan
free radikal di dalam darah bagi mengurang
kan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan anti virus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung
dalam bawang putih ini bertindak sebagai
anti virus dan anti bakteria dalam
memusnahkan beberapa mikrob. Ia sangat baik
untuk jangkitan perut, jangkitan influenza
dan sebagainya.
4. Anti flamasi
Mempunyai bahan anti flamasi yang dapat
membantu mengurangkan penyakit asma,
mengurangkan inflamasi pada arhtitis pada
sendi seperti rheumatoid atau osteothritis.
5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang
ini amat baik untuk pesakit yang mengidap
hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan
Ia dapat merembeskan gastric acid pada
lapisan perut yang akan membantu proses
pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan 2
hingga 3 ulas sehari selama tiga minggu
akan meningkatkan aktiviti sel darah putih
untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
Mengandungi kandungan Di-sulphpide di
dalam bawang putih, membantu menurunkan
nilai kolestrol di dalam saluran darah
seterusnya dapat mengurangkan risikio
penyakit jantung.
Walau bagaimana pun, bawang putih juga mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Kita digalakkan mengambil kurang dari 5 gm bawang putih setiap hari. Oleh itu jangan lah kita mengambil lebih daripada yang disyorkan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan.
sumber-internet
salam kak, tq atas info bermanfaat ini..
BalasPadam