Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia kepada teman-teman blogger sekalian semoga anda semua bertambah keceriaan di hari ini. Malam tadi saya telah mencuba membuat kuih lapis seri wangi yang telah dihasilkan oleh YATI MEMORIES. Ternyata sedap kuihnya. Rasanya pun lemak. Tapi kuih lapis saya ni, tak tinggi sangat sbb loyangnya hanya 9 inci. Walau apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada Yati kerana sudi sharekan resepi kuih ni dan bermacam-macan kuih talam lagi. Insyaallah di lain masa saya akan cuba buatkan kuih yang lain pula. Oleh itu izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya nanti....
Bahan-bahan: (loyang 8x8 in)
Bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 sdk garam
2 cawan santan pekat.
Bahan B:
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun panda
Bahan C:
3 sdb serbuk koko
4 sdb air suam untuk bancuh serbuk koko
pewarna hijau pandan
Cara membuatnya:
1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan
suam sedikit.
2. Sementara itu satukan ke semua bahan A
di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan
dulu.
3. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul,
kemudian tapiskan.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu
bahagian letakkan pewarna hijau/pandan
dan satu lagi letakkan bancuhan koko.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya
dengan kain.
6. Sementara itu sapukan minyak di sekeliling
loyang dan alaskan dengan plastik di
dasarnya.
7. apabila air dah mendidih, letak loyang
tadi dan panaskan sebentar.
8. Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus
selama 5 minit.
9. Setelah itu, lapis pula adunan hijau
selama 5 minit juga dan lapiskan seterusnya
sehingga habis adunan.
10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20
minit.
Bila siap, angkat dan sejukkan.
11. Kuih benar-benar sejuk barulah cantik
dipotong. Gunakan pisau plastik supaya
licin potongannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan