Sabtu, 14 Julai 2012

Kari Ikan Senangin

       
            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Bertemu lagi di entri kali ini, mengenai masakan pula. Puas juga difikir-fikir ikan senangin tu sesuai masak apa. Bila lihat dalam peti ais tu ada kacang bendi, serta ada bahan-bahan untuk buat kari, maka jadilah masak kari ikan senangin hari ini. Kari ni memang kesukaan keluarga saya. Kita tengok resepinya dulu...



Resepi Kari Ikan Senangin


Bahan-bahan:
2 ekor ikan senangin 
10 batang kacang bendi
4 sudu besar rempah kari ikan
6 ulas bawang merah (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 tangkai daun kari
2 1/2 cawan santan
air asam jawa
sedikit minyak masak untuk menumis
garam


Cara memasaknya:
1. Tumis bawang merah,bawang putih serta
   daun kari hingga garing.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama
   sedikit air. Biarkan hingga karinya masak 
   (berminyak). Kecilkan api supaya tidak 
   hangit.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika.
4. Masukkan ikan dan kacang bendi. Tutup
   periuk seketika. 
5. Kemudian masukkan santan. Biarkan
   mendidih. Masukkan garam. Nak sedap lagi,
   masukkan sedikit ajinomoto.
6. Rasa masam dan masinnya. Kalau dah cukup
   rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan