Selasa, 31 Julai 2012

Roti Jala Kari Ayam


                Assalamualaikum wrh wbr....

      Selamat malam semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Hari ini teringin sangat nak makan roti jala. Kalau nak beli, memang tak puas hati. So, hari ini saya cuba buatkan sendiri. Bila semak-semak resepi, berkenan pula dengan resepi roti jala CHE MAT GEBU. Jadi saya cubalah kiraikan roti tersebut. Cuma kari ayam saya buatkan sendiri. Terima kasih CMG kerana kongsikan resepi roti jalanya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Marilah tengok resepinya....





Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder (tak letak pun tak pe)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (saya guna santan)
3-4 titik pewarna kuning makanan (saya 
      guna sedikit serbuk kunyit)
4 sdb mentega (saya guna nminyak masak)
1 biji telur gred A
garam secukup rasa
Air jika perlu

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung dan baking powder dan 
   ayak ke dalam bekas, kacau rata dan buat 
   lubang di tengah-tengah tepung, masukkan 
   telur yang dipukul sedikit, kacau rata.
   Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah 
   air dan kacau lagi hingga licin dan tidak
   berbintil-bintil. Masukkan mentega cair 
   atau minyak masak, pewarna kuning dan 
   juga garamsecukup rasa. Kacau dengan 
   whisk, tapis adunan tadi dan ketepikan 
   sebentar.Kalau pekat boleh tambah sedikit
   air.
2. Panaskan non- stick pan. Kacau bancuhan
   roti jala dan masukkan ke dalam acuan. 
   Kemudian kirai atas kuali tadi, pastikan
   ia bercantum antara satu sama lain, masak
   guna api sederhana. Bila permukaan roti 
   jala nampak pucat, bolehlah dilipat atau
   digulung. Buatlah sehingga habis.

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:
3 ketul ayam - dihiris kecil-kecil
2 biji kentang- juga dihiris kecil-kecil
2 1/2 sdb rempah kari daging
1 sdb kerisik
1 1/2 cawan santan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit air asam jawa
1 pelepah daun kari
garam secukup rasa

Cara memasaknya:
1. Bawang merah, bawang putih serta halia
   dimayang halus.
2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak
   masak, tumis bahan hirisan bersama daun 
   kari sehingga garing. Masukkan rempah
   kari, masak sehingga ia naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit
   air asam jawa. Masukkan kerisik. Biarkan 
   sehingga kentang empuk. Masukkan garam
   secukup rasa.
4. Apabila rasanya dah okey barulah diangkat.





Sabtu, 28 Julai 2012

Tumis Kacang Buncis

      Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam buat semua yang sudi jengah ke blog saya ini. Semoga sihat semuanya.
Kali ini saya nak kongsikan tentang tumis sayur kacang buncis. Sayur ni memang sangat mudah nak disediakan. Mari kita lihat resepinya....


Resepi Tumis Kacang Buncis

Bahan-bahan:
secekak kacang buncis- dipotong
sejemput udang basah
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji cili api * ( bahan yang bertanda * 
     ditumbuk halus)
sedikit sos tiram
garam dan gula secukupnya


Cara membuatnya:
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
2.Masukkan udang, dikacau sebentar.
3.Masukkan sos tiram.
4.Masukkan kacang buncis tadi.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  Siap untuk dihidangkan.





Tumis Asam Ikan Kembung

  
           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Kali ini saya ingin kongsikan masakan tumis asam ikan kembung. Tak pasti juga dari mana saya dapat masakan ini. Yang penting rasanya memang sedap. Kita semak resepinya ya...



Resepi tumis asam ikan kembung

Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung 
1 biji bawang besar-dihiris
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia *
2 inci kunyit hidup* (bahan yang bertanda * 
          ditumbuk)
daun kesum secukupnya
air asam jawa seculupnya
garam dan gula
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
1. Ikan diletakkan garam dan kunyit, kemudian 
   digoreng seperti biasa. Ketepikan.
2. Tumis bahan tumbuk dan bawang hirisan
   sehingga layu.
3. Masukkan daun kesum dan air asam jawa.
   Renihkan.
4. Masukkan ikan, kacau rata dan dibubuh garam
   dan gula secukupnya.
5. Apabila dah masak bolehlah dihidangkan.




Kuih Lepat Ubi


                Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia.... bertemu lagi di entri kali ini. Semoga berbahagia selalu di bulan yang penuh keberkatan ini. Kali ini saya ingin kongsikan resepi lepat liat yang saya cuba dari resepi RINCHAN. Resepinya sangat mudah. Memandangkan stok parutan ubi kayu masih ada lagi dalam simpanan, maka saya mencuba resepi ini untuk juadah berbuka puasa. Okey juga rasa kuih ini... sedap. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Mari kita semak dulu resepinya.




Resepi Kuih Lepat Ubi

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu 
2 sudu besar kelapa parut
4 sudu besar gula merah 
3 sudu besar gula putih
secubit garam
daun pisang secukupnya


Cara membuatnya:
1. Parutkan ubi kayu.
2. Perah parutan ubi kayu menggunakan kain.
   buang airnya.
3. Satukan ke semua bahan-bahan. Gaul rata.
4. Sudukan dalam daun pisang, bungkus seperti
   biasa.
5. Kukus selama 30 minit.
6. Apabila masak disejukkan dulu, baru 
   dimakan.





Jumaat, 27 Julai 2012

Bubur Lambuk


         Assalamualaikum wrh... wbr...
          
   Salam untuk semua, semoga ceria selalu.  Kali ini saya ingin kongsikan mengenai resepi bubur lambuk yang saya ambil resepinya dari enternet. Dah tak ingat dah siapa punya resepi. Tapi,  buburnya sangat sedap. Kalau dulu, nak makan bubur lambuk kenalah pergi kampung baru.Tapi kali ini saya cuba buatkan sendiri. Lihat resepinya....


Resepi Bubur Lambuk

Bahan-bahan:

2 cawan beras (dibasuh dan toskan)
santan dari satu biji kelapa 
1/2 kg daging -dipotong kecil
2 batang serai -diketuk
2 sdb minyak sapi
3 sdb minyak masak
garam 
air

Bahan tumbuk:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis:

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah: (goreng kering & dimesin halus)

1 sdt jintan putih
1 sdk ketumbar
1 sdk lada sulah
1 sdk lada hitam

Bahan hiasan: (dimayang halus)
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
garam
bawang goreng


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak serta minyak sapi dan 
   masukkan bahan tumbuk hingga wangi dan 
   garing.

2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan 
   daging. Biarkan sehingga naik minyak.

3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan 
   sehingga beras hancur dan daging lembut.

4. Bila beras dah nampak pecah, masukkan
   santan dan rasakan garam.

5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan 
   hiasan.
 


Puding Roti Neslo

           
        Assalamualaikum wrh wbr.....


         Salam penuh keceriaan untuk semua teman di alam maya ini. Semoga sihat semuanya. Kali ini saya nak kongsikan masakan puding roti neslo yang saya cuba dari resepi KAK HANA. Okey juga rasa pudingnya.... sedap. Memandangkan roti kat rumah ni masih berbaki , jadi sebelum ianya rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan puding roti tersebut. Tetapi puding yang saya buatkan, marblenya kurang cantik. Saya gunakan loyang 5x5x3 inci. Terima kasih Kak Hana atas repinya. So, izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya bila ingin cuba buatkan puding ni di lain kali. Kita semak resepi dulu....






Resepi Puding Roti Neslo


Bahan-bahannya:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin/ butter (dicairkan)
3 1/2 cawan air
1 sdb esen vanila
1 sdk garam
2 sdb nescafe (dibancuh dgn sedikit air) 
      - saya guna 1 sdk sahaja
2 sdb milo (dibancuh dgn sedikit air)


Cara memasaknya:
1. Didihkan 3 cawan air, agar-agar serta gula 
   dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekst, susu cair
   dan blend 1/2 cawan air tadi. Kemudian
   masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah
   dididih tadi.
3. Masukkan marjerin, esen vanila serta garam
   dan kacau rata sampai mendidih lagi.
   Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian
   adunan biarkan warna asal dan satu adunan
   lagi masukkan serbuk nescafe dan milo yang 
   dibancuh (agar tak berketul).
5. Ambil sesenduk warna putih dan tuang di
   tengah-tengah loyang. Kemudian ambil
   sesenduk warna coklat, tuang atas warna
   putih tadi. Biarkan puding gerak sendiri 
   ke tepi, tak payah ratakan atau dikacau.
   Ulang semula warna putih dan buat hingga
   habis. Ketika melapis buat dengan cepat 
   kerana puding cepat membeku.
6. Bila dah siap simpan dalam peti sejuk
   sekurang-kurangnya sejam.



Khamis, 26 Julai 2012

Khasiat Epal Hijau

            
         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh ceria buat semua. Kali ini saya ingin kongsikan khasiat buah epal hijau untuk panduan diri saya. Mungkin tak semua orang yang tahu tentang khasiatnya. Rasa buahnya yang sedikit kemasaman adalah baik untuk kesihatan. Juga buah epal ini sangat baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan seperti saya. Selain itu ia juga mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.



     Epal hijau ini mempunyai pelbagai zat di dalamnya termasuklah zat kalsium sodium, vitamin A, vitamin B, vitamin C serta mempunyai serat yang mudah larut jika dimakan bersama kulitnya. 

Epal hijau boleh membantu mencegah:

1. Pembinaan kolestrol dalam dinding salur
   darah.

2. Mengurangkan  risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah
   bahan kimia pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular
   dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Membantu mengurangkan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Membantu membersihkan saluran usus dan
   pembuangan toksin dengan pantas menerusi
   sistem pencernaan.

       Tips untuk mereka yg mempunyai  masalah penghadaman atau sembelit, kisarkan epal bersama saleri, diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ianya dapat membersihkan usus serta membuang toksik dgn pantas melalui sistem pencernaan.


      Tips untuk kacantikkan pula, epal hijau ini boleh dijadikan penyegar kulit wajah. Caranya dengan merendam potongan buah epal ke dalam air batu selama lima minit. Selepas itu letakkan di muka lebih kurang 15 minit. Kesegaran akan dapat dirasakan. Sekiranya diamalkan selalu, ia boleh melicinkan kulit.



sumber : internet

Kuih Sagu Merah


              Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia, semoga ceria selalu. Kali ini saya nak kongsikan mengenai kuih sagu merah. Kuih ni memang kesukaan saya dan keluarga. Saya buatkan untuk juadah berbuka puasa. Kuih ni menggunakan loyang 8x8. Kuihnya memang senang sangat nak dibuat. Biasanya saya kukus kuih ni. Kita semak resepinya...




Resepi Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan:
300 gm sagu
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
pewarna sirap ros merah
1/2 biji kelapa putih muda
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu lebih kurang
   10 minit supaya kembang.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga
   mendidih.
3. Masukkan sagu dikacau perlan-lahan.
4. Masukkan pewarna sirap ros merah.
5. Bila sagu dah masak, baru dituangkan ke 
   dalam loyang.
6. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga
   sagu nampak jernih.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Potong setelah ia sejuk. Salutkan atau
   gaulkan dengan kelapa parut muda yang
   digaul dengan sedikit garam. Siap untuk
   dihidangkan.





Kerabu Epal Hijau

         
         Assalamualaikum wrh...wbr...

    Salam sejahtera kepada semua semoga ceria selalu dibulan Ramadhan yang panuh keberkatan ini. Kali ini saya ingin kongsikan masakan kerabu epal hijau. Memandangkan buah epal pun masih ada lagi dalam simpanan, maka saya pun mencubalah resepi ini. Resepinya sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Bahkan rasanya pun sangat sedap. 


   Saya perolehi resepi ini dari INAZAMBREE kalau tak salah. Terima kasih atas resepi ini dan izinkan saya letakkan resepinya di sini...





Resepi Kerabu Epal Hijau


Bahan-bahan:

3 biji epal hijau *
segenggam udang kering (digoreng tanpa            minyak dan ditumbuk kasar)
1 batang serai*
5 helai daun limau perut*
6 biji cili api*
Perahan limau/ lemon
Garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tanah (digoreng  tanpa minayk 
   dan ditumbuk)- saya tambah


Cara membuatnya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.

2. Campurkan semua bahan-bahan tersebut. 
   Digaul rata agar bercampur.

3. Akhir sekali taburkan dengan kacang tanah 
   yang ditumbuk tadi. Siap untuk 
   dihidangkan.





Selasa, 24 Julai 2012

Kuih Lepat Pisang

 
               Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam Ramadhan diucapkan kepada teman-teman semua. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

     Entri kali ini mengenai masakan kuih lepat pisang. Memandangkan pisang masih banyak dalam simpanan, sebelum ia rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan lepat pisang untuk juadah berbuka puasa. Kali ini saya mencuba kuih lepat pisang Che Mat Gebu.
     Alhamdulillah sedap sangat lepat pisangnya. Terima kasih CMG atas sumbangan resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya di masa akan datang.



Resepi Lepat Pisang


Bahan-bahannya:
700gm pisang yang dibuang kulit
70gm gula melaka dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (klp yg berkulit basah)
3/4 sdt baking powder
1 cawan + 2 sdb tepung gandum
secubit garam
daun pisang secukupnya (cuci dan layur, 
        potong ikut saiz yang sesuai).


Cara membuatnya:
1. Pisang dilecek bersama gula, garam dan 
   baking powder hingga hancur. Tambah kelapa
   parut dan tepung sedikit demi sedikit 
   sambil digaul hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 sudu besar adunan tadi atas daun 
   pisang yang telah disediakan. Rastakan dan 
   bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat 
   hingga siap (menghasilkan lebih kurang 
   16-17 biji kuih ikut saiz daun pisang
   masing-masing.
3. Masukkan dalam pengukus dan kukuslah 
   sehingga masak selama 20 minit. Sejukkan 
   kuih dahulu sebelum dihidangkan.


Jumaat, 20 Julai 2012

Tumis Sayur Sawi Putih

         
         Assalamualaikum wrh wbr...

     Bertemu lagi dengan kawan-kawan semua. Kali ini entri mengenai masakan sayur tumis sawi putih. Sayur ni kalau dimasak kena dengan gayanya, memang sedap dimakan. Lihat dulu resepinya...



Resepi Tumis Sayur Sawi Putih

Bahan-bahan:
3 batang pokok sawi putih
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 biji cili api *
sejemput ikan bilis *
2 sdb sos tiram
garam dan gula secukupnya

Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk 
   halus.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 hingga 3 sdb 
   minyak masak. Tumiskan bahan-bahan 
   yang ditumbuk hingga garing.
3. Masukkan sayur sawi. Kacau-kacaukan ia.
   Masukkan sos tiram, garam , gula 
   secukupnya. Bila sayur dah sedikit layu
   barulah diangkat.


Kari Ikan Talang Masin Dengan Nenas

   
          Assalamualaikum wrh...wbr...


      Bertemu lagi di kali ini, semoga teman-teman sukses semuanya. Entri kali ini mengenai masakan kari ikan masin, tetapi tumis darat iaitu kita tumis bahan tumisnya di akhir masakan kari tersebut. Berbeza dgn masakan yang lain, ditumis di permulaan masakkan. Sedap sangat.... kalau makan tak cukup sepinggan, mesti nak tambah lagi. Marilah kita lihat resepinya dulu....



Resepi kari ikan talang masin dengan nenas


Bahan-bahannya:
500 gm ikan talang masin dipotong-potong, 
      dicampur tulang dan isinya
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji nenas dihiris nipis
2 1/2 cawan santan
3 sdb air asam jawa (bergantung kepada 
    kemasaman nenas)
garam secukup rasa


Bahan-bahan tumis darat:
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
Bahan yang bertanda * dihiris halus


Cara memasaknya:
1. Bancuh rempah kari serta bawang merah 
   yang ditumbuk dengan secawan air.
   Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas
   api hingga mendidih.
2. Masukkan ikan talang serta nenas dan masak
   lagi biar kan mesra dengan rempah.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga
   mendidih.
4. Masukkan garam dan air asam jawa. Rasa 
   dulu, kalau dah cukup masam dan masinnya,
   tutupkan api.
5. Di dalam kuali panaskan lebih kurang dua 
   hingga 3 sdb minyak masak, tumiskan bahan
   yang dihiris tadi hingga kekuningan atau 
   garing.
6. Tuangkan bahan tumis serta minyak sekali 
   di dalam periuk kari tersebut. Kacau-
   kacaukan ia agar bercampur dengan kari.
   Hasilnya mengeluarkan bau yang sangat
   enak. Siap untuk dihidangkan.