Selasa, 24 Julai 2012

Kuih Lepat Pisang

 
               Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam Ramadhan diucapkan kepada teman-teman semua. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

     Entri kali ini mengenai masakan kuih lepat pisang. Memandangkan pisang masih banyak dalam simpanan, sebelum ia rosak begitu sahaja maka saya cuba buatkan lepat pisang untuk juadah berbuka puasa. Kali ini saya mencuba kuih lepat pisang Che Mat Gebu.
     Alhamdulillah sedap sangat lepat pisangnya. Terima kasih CMG atas sumbangan resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya di masa akan datang.



Resepi Lepat Pisang


Bahan-bahannya:
700gm pisang yang dibuang kulit
70gm gula melaka dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (klp yg berkulit basah)
3/4 sdt baking powder
1 cawan + 2 sdb tepung gandum
secubit garam
daun pisang secukupnya (cuci dan layur, 
        potong ikut saiz yang sesuai).


Cara membuatnya:
1. Pisang dilecek bersama gula, garam dan 
   baking powder hingga hancur. Tambah kelapa
   parut dan tepung sedikit demi sedikit 
   sambil digaul hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 sudu besar adunan tadi atas daun 
   pisang yang telah disediakan. Rastakan dan 
   bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat 
   hingga siap (menghasilkan lebih kurang 
   16-17 biji kuih ikut saiz daun pisang
   masing-masing.
3. Masukkan dalam pengukus dan kukuslah 
   sehingga masak selama 20 minit. Sejukkan 
   kuih dahulu sebelum dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan