Sabtu, 17 Oktober 2026

Minum Petang Dengan Pengat Labu

 

Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam di hari Sabtu. Mudah-mudahan kawan-kawan semua sentiasa ceria di hari ini.

Cuaca petang ni lembab je, hujan turun dengan lebatnya. Eloklah juga hujan turun, sekurang-kurangnya dapat meredakan jerubu yang masih tebal. 

Kalau dah time hujan perut pun terasa lah lapar. Jadi carilah idea nak masak apa untuk mengisi perut di kala hujan ni. Dua hari lepas saya ada beli buah labu. Tak tahu pun nak masak apa, saja je beli.






Petang-petang ni cuaca kat luar lembab je.



Tak banyak pun labunya, bolehlah setakat nak buat pengat labu. Ni pun berkali-kali boleh makan.



Lepas dikupas kulitnya barulah dipotong-potong labunya.

Resepi pengat labu:

Bahan-bahan:

buah labu 
santan 2 helai daun pandan
gula kabung / gula merah
gula putih
santan
sagu
sedikit garam

Cara membuatnya:

Buah labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil. Setelah dicuci bersih masukkan ke dalam periuk, masukkan air secukupnya untuk merebus labu.
Masukkan garam, daun pandan serta gula kabung. Bila isi labu dah lembut, masukkan sagu. 
Kemudian masukkan juga santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
Bila dah cukup rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.




Makam pengat labu dengan teh O panas, hmmm sedapnya.


11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau ada buah labu, boleh buat Cie, mudah je resepinya.

      Padam
  2. Makanan yang selalu saya cari kalau ramadhan ❤️❤️. Kami sebut nya Kolak . Kolak pisang, kolak labu, Macam2 memang isiannya ... Sedap apalagi kalau dingin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fanny, kolak kan disebut di sana. Kalau bulan puasa memang sedap dimakan ketika berbuka.

      Padam
  3. Pepagi blogwalking ternampak pengat labu.. sedapnya. Nanti nak cari labu lah.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masak sendiri, resepinya pun mudah je. Lagi pun masak sendiri puas hati makan.

      Padam
  4. Suka labu ni. Budak lauk buat pengat. Peberet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sebenarnya buah labu ni. Buat sayur lemak, letak lada hitam pun sedap.

      Padam
  5. Sy suka pengat, tapi takde geng nak makan. Pengat labu ni masa arwah Pak ada dulu, arwah Mak rajin buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga saya pun, ingatkan anak-anak suka. Langsung tak disentuhnya. Last-last kasi makcik-makcik jiran sebelah rumah.

      Padam
  6. Suka juga pengat tapi bila nak kurangkan gula terpaksa masak lemak sahaja labu makan dengan nasi.

    BalasPadam