Ahad, 18 Oktober 2026

Menu Sarapan Pagi dan Makan Tengahari di Hari Minggu

 

Assalamualaikum...

Salam di petang Ahad 18hb Oktober 20026. Alhamdulillah... cuaca di hari ni cerah saja berbanding semalam hujan lebat dari petang hingga ke tengah malam. Tapi cuaca dikeliling masih lagi berkabut dengan jerubu. 

Baru saja balik dari KTM Rawang menghantar si kakak no tiga pulang ke USIM semula. Besok pagi-pagi katanya ada kelas. Kena present kat depan kelas lagi. 

Biasa lah kalau cuti hujung minggu ni, memasak je lah mak-mak ni. Pagi-pagi tadi buat cucuq jagung untuk sarapan pagi. Kebetulan ada dua batang jagung. Nak rebus saja macam tak cukup je, so buat jemput-jemput dapatlah makan satu keluarga.




Dah habis sarapan pagi, si kakak yang nombor dua pulak minta dihantar pergi kerja. 

Balik tu teruslah berkebun pulak, menanam pokok yang masih belum siap di tanam minggu lepas. Dah tengah hari baru lah masuk dapur.

Hari ni masak sambal telur je lah dengan tauge goreng. Tak ada ulam sambal belacan, cukuplah dengan sambal telur je, sambalnya pun dah pedas.






Nama saja cuti, tapi pekerjaan rumah tetap juga berjalan seperti biasa. Walau apa pun jalanilah kehidupan kita dengan penuh keikhlasan dan berlapang dada kerana itulah yang membuat kita bahagia.



Sabtu, 17 Oktober 2026

Minum Petang Dengan Pengat Labu

 

Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam di hari Sabtu. Mudah-mudahan kawan-kawan semua sentiasa ceria di hari ini.

Cuaca petang ni lembab je, hujan turun dengan lebatnya. Eloklah juga hujan turun, sekurang-kurangnya dapat meredakan jerubu yang masih tebal. 

Kalau dah time hujan perut pun terasa lah lapar. Jadi carilah idea nak masak apa untuk mengisi perut di kala hujan ni. Dua hari lepas saya ada beli buah labu. Tak tahu pun nak masak apa, saja je beli.






Petang-petang ni cuaca kat luar lembab je.



Tak banyak pun labunya, bolehlah setakat nak buat pengat labu. Ni pun berkali-kali boleh makan.



Lepas dikupas kulitnya barulah dipotong-potong labunya.

Resepi pengat labu:

Bahan-bahan:

buah labu 
santan 2 helai daun pandan
gula kabung / gula merah
gula putih
santan
sagu
sedikit garam

Cara membuatnya:

Buah labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil. Setelah dicuci bersih masukkan ke dalam periuk, masukkan air secukupnya untuk merebus labu.
Masukkan garam, daun pandan serta gula kabung. Bila isi labu dah lembut, masukkan sagu. 
Kemudian masukkan juga santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
Bila dah cukup rasa barulah diangkat untuk dihidangkan.




Makam pengat labu dengan teh O panas, hmmm sedapnya.


Khamis, 15 Oktober 2026

Segmen : Nieyl Cari Bloglist Baru

 

Assalamualaikum...




Kali ini saya ikut join segmen yang dianjurkan oleh teman blogger kita Nieyl.

Jom lah kawan-kawan, sama-sama kita support beliau, Biar lebih meriah lagi.

Kalau kawan-kawan nak tahu syaratnya boleh klik kat banner ya.



Rabu, 14 Oktober 2026

Kuih Buah Melaka Keledek Oren


 Asalamualaikum...

Jumpa lagi di update kali ini, saja ja nak share resepi kuih buah melaka keledek oren. Kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak buat kuih ni.

Biasanya kalau buat buah melaka guna tepung pulut saja ditambah denga pewarna dan perisa pandan, tapi kali ni saya cuba guna ubi keledek pula.

Memang sedap kuihnya, terasa ubi keledek, bila digigit terasa gula gerek yang cair dimulut, memang sedap lah.



Resepinya:

Bahan:

ubi keledek
tepung pulut
gula gerek
kelapa parut muda
garam 

Cara membuatnya:

1 ketul ubi keledek direbus. Bila dah empuk keluarkan dan sejukkan sebentar. Kemudian  lenyekkan hingga hancur. Tambahkan tepung pulut secukupnya. Saya agak-agak saja tepungnya, dohnya tak terlalu lembik atau tak juga terlalu keras.
Masak air di dalam periuk sehingga mendidih.
Sambil tu potong gula gerek kecil-kecil.

Ambil sedikit doh, gentelkan jadi bulat. Tekankan kat tengahnya, letak potongan gula gerek, tutupkan, lalu digentelkan kembali hingga jadi bulat. Masukkan ke dalam air panas yang dah mendidih. Bila kuih dah terapung barulah diangkat, menunjukkan kuih tu dah masak.

Sebelum tu juga. kukus sebentar kelapa parut agar kelapa tak cepat basi.
Kemudian sejukkan, gaulkan pula dengan sedikit garam.

Kuih yang dah masak tadi diangkat dan ditoskan
dan terus digolekkan ke dalam kelapa parut. Bila kuih dah berpalit denga kelapa parut, barulah dimasukkan kedalam bekas.

Ulangi lagi menggentel buah melaka sehingga habis.




Ubi keledek yang dah direbus.



Gula gerek untuk intinya.



Kelapa parut yang dikukus sekejap untuk mengelakkan cepat basi.




Selalunya orang buat kuih ni ketika bulan puasa. Tapi kalau bukan bulan puasa pun, boleh saja kita buat untuk minum petang.



Selasa, 13 Oktober 2026

Aktiviti Di Hari Selasa

 

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini bermula kembali aktiviti persekolahan di tempat saya, setelah 2 hari dicutikan disebabkan jerubu yang teruk.

Seperti biasa setiap hari Selasa saya dan group ngaji akan mengaji lah. Hari ni istimewa sedikit sebab ada aktiviti makan-makan. Masing-masing setiap orang membawa makanan dari rumah. So lepas ngaji dapatlah minum petang dengan juadah yang dibawa.














Hidangan makanan yang dibawa secara potluck. Macam-macam ada.













Menjamu selera dengan bihun goreng.


Ahad, 11 Oktober 2026

Bermulanya Peperiksaan STAM Hari Ini

 

Assalamualaikum...

Hari ini 12hb Oktober 20026, bermulanya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jadi pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Taufikiah, lelaki dan perempuan start menduduki peperiksaan hari ini.

Petang semalam dia menelefon dari sekolahnya, minta di doakan supaya dapat menjawab peperiksaan dengan mudah, tenang dan lancar.



Sebagai ibu bapa sudah semestinya lah sentiasa mendoakan agar anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh ibubapa. Selebihnya mereka sendiri lah yang perlu berusaha sedaya upaya, agar dapat menguasai pelajaran yang dipelajari.




Kita doakanlah mudah-mudahan kesemua anak-anak ini akan dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan resultnya nanti akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.




Kegiatan Di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Di hari minggu ni memang hari yang paling sebok. Semua kerja-kerja rumah kalau boleh nak selesaikan hari ni. 

Pagi-pagi tadi rasa malas nak keluar kedai beli sarapan. Oleh kerana ada nasi sejuk lebihan semalam, jadi saya gorenglah menggunakan sambal belacan lebihan semalam.





Tengah bersarapan pagi, tetiba acik sebelah rumah bagi bunga. Dah habis sarapan, apalagi start lah menanam bunga hari ni.


                                     


                                      

Tanam juga pokok daun pandan. Kalau nak buat kuih tak payah lagi nak meminta ke jiran.


Dah tengahari baru lah masuk dapur. Itupun masak yang mudah saja. Ayam goreng kunyit, ulam dan sambal belacan saja. Cukuplah buat makan tengahari.



 

Ulam pucuk ulam raja dan pucuk kaduk.

 
                                      

Bila dah petang perut pun lapar semula, teringin pula nak makan kuih onde-onde keledek ataupun buah melaka.




Maka merajinkan diri menggentel buah melaka menggunakan ubi keledek oren. Nanti saya sharekan resepinya.


Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad


 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat, moga semuanya sihat selalu.

Kali ini saya join segmen pencarian bloglist dari rakan blogger kita Suhaida Saad. Tujuannya adalah untuk memeriahkan lagi segmen ini. Jomlah kawan-kawan kita sama-sama support kawan blogger kita. Jom kita tengok syaratnya, jika ada yang nak ikut join boleh klik kat banner.



Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Follow blog ini.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.
  3. Letak poster dan backlink ke blog ini dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.


Hadiah & Pemilihan Pemenang:
Tempoh Segmen: Berakhir pada 14 Oktober 2026.



Jumaat, 9 Oktober 2026

Menu Lunch Di Hari Jumaat.

 Selamat petang dan salam Jumaat sahabat semua. Moga  semuanya berbahagia selalu.

Di Selangor hari ni sekolah rendah dan sekolah kafa diarahkan tutup disebabkan jerubu yang teruk. Jadi anak-anak belajar secara online. Tapi saya tetap kena hadir ke sekolah juga. 

On the way balik saya singgah di bengkel untuk mengecek kereta yang ada sedikit masalah. Bila dah kebengkel ni tak keluar duit tak sah. Nak kenderaan elok, kenalah berkorban keluarkan duit untuk baiki. Lagi pun itulah satu-satunya kenderaan yang ada buat masa ini. 

Sampai rumah dah petang, terasa laparlah pulak, teruslah memasak apa yang ada.

Goreng cili ikan bilis petai.



Sayur bening petola.


Buah tembikai merah untuk pencuci mulut.




Petangnya pula sempat ke pasar malam berdekatan rumah.



Beli kuih mini apam balik buat minum petang.



Ahad, 4 Oktober 2026

Menu Lunch Di Hari Minggu

 

Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Hari yang paling santai dan ditunggu-tunggu buat ibu bapa yang bekerja. Di hari Sabtu dan minggu inilah ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga.

Pagi-pagi lagi dah keluar ke pasar buat belanja barang dapur untuk stok hari ni, besok dan hari-hari seterusnya. 

Jadi hari ni, bolehlah masak makanan kesukaan untuk santapan ahli keluarga. 



Lama tak masak sambal udang. Kebetulan ada petai. Jadilah masak sambal udang petai.



Tumis kangkung campur kobis beijing.



Tak ketinggalan telur dadar.



Hirisan timun sahaja, kali ni tak ada sambal belacan.



Buah naga buat pencuci mulut.



Sabtu, 3 Oktober 2026

Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best & Aktif!

 

Assalamualaikum...

Salam dihari Sabtu sahabat semua...

Join lagi segmen dari SA. Jomlah kawan-kawan semua support segmen dari kawan blogger kita Suria Amanda.

Lagi pun dah lama tak blogwalking ke blog kawan-kawan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi kawan-kawan blogger yang baru.



Mudah je syaratnya. Yang nak join boleh klik kat banner untuk melihat syaratnya.


Jumaat, 2 Oktober 2026

Menu Lunch di Hari Jumaat

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkah, moga semuanya sihat selalu.

Hari ni menyempatkan diri memasak untuk makan tengahari. Lebihan kepah masih tersimpan dalam freezer. Jadi kita masak yang mudah-mudah saja hari ni yaitu masak kepah masak singgang. 

Masaknya pun mudah saja, lebur je bahan-bahan kat dalam periuk, masuk air, jerang je kat atas dapur. Dah mendidih masuk garam dan perasa. Dah siap.





Memang sedap dimakan bersama ikan goreng serta ulam cabai.



Kalau jenis sayur singgang tak lengkap kalau takdak sambal belacan.



Kebetulan ada terung panjang, potong-potong masak kat atas kuali leper.

Alhamdulillah... Sedap dah ada lauk macam ni, bertambah nasi jugalah.