Assalamualaikum ...
Salam Jumaat diucapkan kepada teman-teman semua. Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah berada di pengakhiran bulan syawal.
Hari ini Jumaat, 17 hb April 2026. Sekolah Kafa Sri Khaira, sesi pagi di tempat saya mengajar mengadakan jamuan raya dan penutupan kamil sekolah. Sekolah tempat saya mengajar ni, muridnya taklah begitu ramai kerana kat tempat saya tinggal banyak saingan, banyak sekolah Kafa lain yang bari dibuka juga. Kalau dulu, murid begitu ramai. Sekarang hanya ibu bapa yang mempercayai sekolah Khaira sahaja yang menghantar anak mereka belajar di sini.
Tapi tak mengapa, walaupun murid tak ramai, tanggungjawab kita sebagai guru perlu diteruskan. Kalau murid sedikit senang nak fokus pada anak-anak.
Serba sedikit photo yang sempat dijadikan kenangan sempena jamuan raya tahun ini.
Makanan potluck dari anak-anak.
Murid-murid menjamu selera dengan makanan yang dibawa.


















anak2 paling suka bila ada jamuan raya
BalasPadambab ni memang anak- anak suka kan....seronok tgok semua dengan pakaian warna warni..comel2
BalasPadamKafa dekat rumah Cie ni ramai sangat dari tadika sampai darjah 6. Beratus pelajar rasanya. Tak dapat nak fokus sangat bila pelajar ramai kan.
BalasPadamComel2 nya anak2 iniiii 😍☺️☺️.
BalasPadamSemoga akan semakin ramai murid2 yg belajar di sana ya kak ☺️
Waktu ini budak-budak datang melaram di sekolah.
BalasPadamBaguslah tidak ramau sangat. Alhamdulillah.
Meriah jamuan raya kalau di sekolah... Parent pun bersemangat nak sediakan sesuatu.. ☺️👍🏻
BalasPadam