Jumaat, 28 November 2025

Buat Kuih Apam Nasi Lagi

 Assalamualaikum...

Salam dihari Jumaat yang penuh barakah ini, semoga semuanya berada dalam limndungan Allah selalu.

Ini cerita hari selasa kelmarin. Dok pikir-pikir nak masak apa untuk dibawa ke majlis khatam quran kelmarin. 

Selepas balik kerja terus ke kedai aceh beli barang-barang untuk buat kuih apam. Letak beg terus masak nasi. Sambil-sambil panaskan pengukus, terus bancuh adunan kuih. Alhamdulillah... sempat juga siap kuihnya sebelum berangkat ke pengajian.



Share lagi resepinya di sini

Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

Kelapa parut putih

sedikit garam

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 cawan nasi

1 cawan air

1 paket yis mauripan

perisa pandan 

sedikit pewrna yang disukai




Cara membuatnya:

1.Blender gula, nasi dengan air hingga hancur.
2. Masukkan bahan blender kedalam bekas. caampurkan tepung gandum, tepung beras serta yis mauripan sehingga bercampur rata.
3. Perap selama 1 jam.
4. Bila adunan dah kembang, bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewrna dan perisa yang disukai.
5. Siapkan pengukus terlebih dahulu. Kukus airnya hingga mendidih.
6. Masukkan adunan kedalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan kuih dari melekat.
7. Kukus kuih selama 10 minit. Kalau kuih dah masak bolehlah diangkat.
8. Kukus kelapa putih sebentar untuk mengelakkan kelapa cepat basi.



Ini rupanya adunan yang belum dikukus.




Kuih apam ini memang sedap bila dimakan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.



6 ulasan:

  1. Cantik kejadiannya boleh la buat nanti ni.

    BalasPadam
  2. Cantik hasilnya. Sedap semestinya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... bagi saya memang sedap, teksturnya pun gebu dan lembut.

      Padam
  3. Ini kue tradisional fav saya jugaaaa. Tiap ke pasar dengan mama zaman kecil dulu, mama sering beli. Sejak itu sukaaaa 🤩🤩. Hanya saja dah jarang yg jual kalau di jakarta. Mesti ke toko kue yg oldies. Kalau di Aceh dulu banyaaak sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun, ini dikira kuih lagen juga. Dulu-dulu kuih ini hanya warna putih saja, dipanggil juga kuih apom. Cuma sekarang ini di pelbagaikan dengan macam-macam warna dan perisa.

      Padam